Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Litecoin: 5 Perkara yang Mungkin Berlaku Selepas Halving

Sama seperti rangkaian Bitcoin, Litecoin juga menggunakan algoritma konsensus Proof-of-Work. Jadi, pelombong Litecoin perlu menyelesaikan masalah matematik kompleks untuk memperoleh ganjaran blok LTC. Tetapi di situ sahaja persamaan antara kedua-duanya berakhir.

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Litecoin, boleh baca artikel ini:

Oh ya, satu lagi persamaan antara keduanya adalah peristiwa halving ganjaran blok. Halving Litecoin berlaku setiap 840,000 blok dan ganjaran setiap blok Litecoin akan berkurang dari 25 LTC ke 12.5 LTC. Di bawah adalah statistik terbaru Litecoin yang diambil dari laman web litecoinblockhalf.

Jumlah Litecoin dalam peredaran: 62,696,325
Jumlah keseluruhan Litecoin: 84,000,000
Peratus jumlah Litecoin yang telah dilombong: 74.64%
Jumlah Litecoin untuk dilombong: 21,303,675
Jumlah Litecoin untuk dilombong sehingga blockhalf seterusnya: 303,675
Harga Litecoin (USD) pada 15/07/2019: $89.86
Kapital pasaran (USD) pada 15/07/2019: $5,634,123,740.90
Litecoin yang dijana setiap hari: 14,400
Kadar inflasi Litecoin setiap tahun: 8.74%
Kadar inflasi Litecoin setiap tahun pada peristiwa halving: 4.26%
Kadar inflasi Litecoin setiap hari (USD): $1,294,037
Kadar inflasi Litecoin sehingga peristiwa halving (USD): $27,289,359
Jumlah blok: 1,667,853
Jumlah blok sehingga halving ganjaran: 12,147
Jumlah halving ganjaran blok: 1
Tempoh masa pembentukan blok baru: 2.5 minutes
Jumlah blok baru yang dibentuk setiap hari: 576
Tahap kesukaran: 16,510,915
Hash rate: 527TH/s

Menurut laman web itu lagi, tarikh yang dijangka untuk peristiwa halving ganjaran blok adalah dalam masa 21 hari iaitu pada 5 Ogos 2019.

21 hari atau 3 minggu lagi. Tidak lama lagi bukan? Tetapi melihat pada harga Litecoin hari ini (dalam $89 sewaktu penulisan) agak bertentangan dengan apa yang dijangka semakin kita mendekati peristiwa halving. Ada juga penganalisa pasaran yang mengatakan bahawa Litecoin sudah mengalami burnout, di mana harga tertingginya tahun ini iaitu $146.43 pada bulan Jun 2019 adalah yang tertinggi yang mampu dicapai. Betul ke?

Apa yang pasti, pelbagai faktor luaran yang berlaku pada awal bulan Julai 2019 telah menyebabkan keseluruhan pasaran terjejas, bukan sahaja Litecoin. Ada yang mengatakan ia adalah kerana tweet berbaur negatif dari presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Ada juga yang berpendapat ianya adalah proses pembetulan sebelum harganya naik kembali.

Persoalannya, dengan peristiwa halving Litecoin yang akan datang tidak lama lagi, apa jangkaan yang akan berlaku ke atas harga Litecoin? Jangkaan di bawah adalah pendapat penulis semata-mata ya, jangan ambil sebagai nasihat pelaburan pulak dan menyalahkan penulis jika berlaku sebaliknya.

1. Harga naik

Jangkaan paling popular tentang peristiwa halving adalah harga matawang kripto itu akan naik bermula beberapa bulan sebelum halving berlaku, dan momentum itu akan berterusan sehingga selepas halving. Bermakna jangkaannya adalah harga Litecoin akan berterusan menaik menjelang peristiwa halving dan berterusan menaik sehingga kitaran pembetulan seterusnya.

Namun begitu, apa yang kita lihat adalah harga Litecoin jatuh dari $140 ke $89 pada hari ini (15 Julai 2019) kehilangan hampir 40 peratus daripada harga All-time High tahun ini. Jika pasaran kripto boleh pulih kembali sebelum peristiwa halving LTC, kemungkinan besar LTC boleh membawa momentum itu sehingga selepas halving.

2. Harga jatuh

Secara teori, apabila bekalan satu aset berkurang, pada masa permintaan kekal sama atau bertambah, harga aset itu akan meningkat (baca: Bitcoin). Namun begitu, kebiasaannya, pasaran akan menjangka ke hadapan, bermakna beberapa minggu sebelum halving, harga matawang kripto akan naik kerana pelabur memasukkan perkembangan matawang kripto itu dalam pertimbangan mereka.

Jika kita lihat sejarah harga Litecoin sewaktu peristiwa halving pada bulan Ogos 2015, kita boleh lihat harga LTC meningkat beberapa bulan sebelum itu. Pada bulan Jun dan Julai, harga LTC naik dari $1.60 ke $7.60, kenaikan lebih 375 peratus sebelum peristiwa halving. Namun begitu, sebaik sahaja ianya berlaku, harga LTC terus jatuh dan ia kehilangan 60 peratus daripada harganya dan kekal dalam harga itu buat masa yang lama.

Jadi, kalau melihat kepada sejarah harga Litecoin, jangkaan ini adalah yang paling tepat boleh berlaku kepada harga Litecoin.

3. Harga turun sebelum naik semula

Menyambung dari jangkaan no 2 di atas, satu lagi kemungkinan lagi adalah harga Litecoin akan turun seketika selepas halving dan akan naik semula mengikuti trend larian bull. Jangkaan ini bergantung kepada sentimen keseluruhan pasaran, terutama terhadap Bitcoin memandangkan ia masih matawang kripto paling dominan dalam pasaran matawang kripto.

Jadi, jika trend keseluruhan pasaran kripto masih menaik, penurunan harga Litecoin adalah kitaran pembetulan, dan ia akan naik semula.

4. Harga tidak begitu banyak perubahan

Harga meningkat beberapa bulan atau minggu sebelum halving adalah dijangka. Namun begitu, dalam kes Litecoin, terdapat faktor lain harga naik iaitu permulaan larian bull keseluruhan pasaran matawang kripto yang telah melonjakkan hampir kesemua harga matawang kripto dalam pasaran seperti dalam carta di bawah.

Jadi, satu lagi jangkaan adalah harga Litecoin tidak begitu banyak perubahan. Bermakna peristiwa halving tidak akan menjejaskan harga Litecoin secara signifikan. Memandangkan harga Litecoin kini adalah dalam lingkungan $89 (15 Julai 2019), jika pasaran kripto pulih dalam minggu-minggu akan datang, Litecoin kemungkinan akan kembali ke harga ATH tahun ini iaitu $145 dan berdagang dalam lingkungan itu.

5. Harga naik seketika sebelum menurun

Jangkaan yang terakhir dan yang penulis rasa kemungkinan besar tidak akan berlaku adalah harga Litecoin naik seketika sebelum ia menurun. Melainkan jika keseluruhan sentimen pasaran kripto lebih bearish dalam minggu-minggu akan datang.

Seperti yang dikatakan pengasas Litecoin, Charlie Lee, sepatutnya halving sudah dipertimbangkan sejak awal lagi memandangkan kebanyakkan peminat kripto tahu tentangnya. Namun begitu, kerana orang ramai menjangka harga Litecoin akan meningkat, mereka akan mula membeli Litecoin sebelum halving dengan jangkaan harga akan meningkat dan itu, menurut Charlie Lee, adalah self-fulfilling prophecy. Dalam erti kata lain, disebabkan jangkaan harga meningkat, orang ramai mula membeli Litecoin dan ia menyebabkan harga Litecoin semakin meningkat.

Jadi, anda rasa jangkaan mana yang paling tepat?

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.