Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Monacoin, Perintis Matawang Kripto Jepun

Pengenalan

Pada bulan Disember 2013, matawang kripto yang dinamakan sebagai MonaCoin dilahirkan di Jepun. Coin ini adalah coin pertama yang dilahirkan dari Jepun dan harganya telah naik ke $ 0.73 pada bulan Ogos 2014 daripada kurang dari 1 sen dalam masa beberapa bulan sahaja. Monacoin ini sebenarnya telah dihasilkan dari kod Litecoin. Dan baru-baru ini, Monacoin telah dikhabarkan telah mengimplemenkan sistem Lightning Network untuk coin tersebut.

Tujuan utama penciptaan Monacoin adalah untuk mendapatkan transaksi yang lebih pantas daripada Litecoin serta Bitcoin.  Tambahan lagi, menurut developer team Monacoin, jumlah bekalan matawang kripto ini adalah 105,120,000 Monacoin, jumlah yang lebih besar daripada Litecoin.

Malahan, ciri utama duit syiling ialah ASIC resistance yang bermaksud coin ini tidak dapat dilombong menggunakan ASIC, sehinggalah terdapat miner yang membina peralatan ASIC yang mematuhi Scrypt dan memecahkan halangan yang ditimbulkan oleh algoritma ini. Pada mulanya Monacoin juga menggunakan algoritma Scrypt. Kemudian mereka bertukar ke algoritma Lyra2REv2 supaya perlombongan GPU dan CPU sahaja dapat dijalankan untuk melombong coin ini.

Selain penggunaan algoritma yang sama seperti Vertcoin, Monacoin juga telah mengubah tahap kesukaran untuk membuat blok. Untuk mengubah kesukaran ini, Monacoin telah menggunakan algoritma Dark Gravity Wave V3.

Urus niaga lebih cepat dibuat dalam masa nyata

MonaCoin kini telah mengimplementasi sistem Lightning Network dan memanfaatkan kuasa sistem sidechain yang dibawa oleh Lightning Network ini dengan sepenuhnya. Tindakan ini bakal membolehkan coin ini untuk membuat pembayaran segera, membuat urus niaga yang lebih pantas. Developer team MonaCoin terus menambahbaik rangkaian ini supaya ia menjadi lebih canggih dan mampu melakukan transaksi yang paling rumit dalam dunia sebenar. Bukan itu sahaja, MonaCoin juga telah mengaktifkan Segwit untuk coin ini sekaligus telah memberikan coin ini keupayaan yang terdapat pada tiga kriptografi utama-XMR, Dash, dan Ethereum.

Transaksi mikro menjadi masalah utama

Kekurangan yang ada pada coin lain seperti Bitcoin adalah dalam membuat transaksi mikro. Bagi menyelesaikan masalah ini, MonaCoin telah menjadi penyelamatnya. Matawang hasil cipataan Jepun dan dompet buatannya telah digunakan dalam beberapa laman permainan untuk memudahkan keseluruhan sistem transaksi.

Saingan terhadap coin-coin lain

Memandangkan fungsi Monacoin semata-mata sebagai matawang, Bitcoin, Litecoin, Vertcoin dan banyak lagi coin lain sudah tentu menjadi persaingan dalam arena matawang kripto ini. Vertcoin dan Groestlcoin adalah pesaing yang paling sengit berbanding coin lain. Perkara ini kerana kedua-dua coin ini menumpukan kepada rintangan pelombong ASIC.

Bagi memudahkan pembaca membuat perbezaan antara Monacoin, Vertcoin, Bitcoin dan Litecoin, saya telah menyediakan jadual yang menunjukkan perberzaan Monacoin dan coin-coin lain dibawah :

Nama Coin Vertcoin Bitcoin Litecoin Monacoin
Jumlah Bekalan 84,000,000 21,000,000 84,000,000 105,120,000
Algoritma Lyra2REv2 SHA256 Scrypt Lyra2REv2
Masa Penghasilan Blok 2.5 min 10 min 2.5 min 1.5 min
Ganjaran Melombong 840,000 blok
(~4 tahun)
210,000 bloks
(~4 tahun)
840,000 blok
(~4 tahun)
1,051,000 blok
(~3 tahun)
Penyesuaian Kesukaran Setiap blok Setiap blok 2016 Setiap blok 2016 Setiap blok
Lombong melalui [GPU/CPU | ASIC] GPU/CPU GPU/ASIC dan ASIC GPU/ASIC dan ASIC GPU/ASIC
Pengaktivan Segwit Ya Ya Ya Ya
Lightning Network Alpha Alpha Alpha Alpha

 

Developer serta Pelan Tindakan Monacoin

Monacoin telah dicipta oleh Mr Wantanabe (bukan nama sebenar). Beberapa forum mengatakan nama tersebut hanyalah sebagai penghormatan kepada Satoshi Nakamoto (pencipta Bitcoin). Selain Mr Wantanabe ini, seluruh pasukan pembangunan coin juga adalah anonymous, dan agak sukar untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang developer team Monacoin.

Di samping itu, projek ini tidak mempunyai pelan tindakan di laman web rasminya atau di mana-mana forum. Developer team Monacoin ini masih mengemas kini dan naik taraf coin ini dengan aktif kerana Segwit dan Lyra2REv2 juga masih dalam tahap pembangunan. Anda boleh menjejaki pembangunan Monacoin pada Github rasminya.

Sejarah Pasaran Monacoin

Sewaktu penulisan, jumlah modal pasaran Monacoin adalah USD$73 juta. Monacoin seperti kebanyakan matawang kripto lain melonjak naik pada bulan Disember 2017, dan nilai tertinggi yang dicatat oleh Monacoin di coinmarketcap.com adalah USD$19.22, manakala harga terendah adalah kurang daripada 1 sen sewaktu Monacoin mula-mula diperkenalkan. Kini, Monacoin bernilai lebih kurang $1.

Penutup

Seperti semua coin yang telah berjaya, Monacoin mempunyai pelbagai jenis pelanggan yang menggunakannya, terutama dalam kalangan pengguna Jepun. Kira-kira 90% pengguna Monacoin ini berasal dari Jepun dan kebanyakan dokumentasi dan komuniti dalam talian ditulis dalam bahasa Jepun sahaja. Monacoin juga mempunyai meme tersendiri dan kekuatan Monacoin adalah pada komunitinya, sama seperti Dogecoin.

 

Maklumat tentang Monacoin

Nama token : Monacoin
Penanda token : MONA
Umur : 5 tahun
Konsep : Matawang Kripto Jepun yang Pertama
Pencipta : Mr Watanabe (bukan nama sebenar)
Jumlah bekalan : 105,120,000 MONA
Dalam edaran : 63,060,250 MONA
Pre-mine : Tidak
Masa Blok : 1.5 minit
Ganjaran Blok : 25 MONA
Algorithm : Lyra2RE(v2)
Protokol konsensus : PoW
Mining : Ada
Laman web : Monacoin

Nilai pada 19 Oktober 2018
Modal pasaran (USD) : $73,997,594
Harga (USD) : $1.17

Nilai (BTC) : 0.00018136 BTC

Profile (coinmarketcap) : https://coinmarketcap.com/currencies/monacoin/
Rank (coinmarketcap) : 82

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.