Monero telah diperkenalkan pada 18 April 2014. Monero pada asalnya diberi nama BitMonero yang mana Bit merupakan singkatan kepada Bitcoin, dan Monero berasal dari perkataan Sepanyol membawa maksud ‘coin’. Namun gabungan BitMonero hanya kekal selama 5 hari, dan ia kemudiannya telah dipendekkan kepada Monero sahaja. Monero bersifat decentralization, scalability dan privasi.
1 Decentralised
Monero menggunakan protokol Proof of Work (PoW), tetapi, ia menggunakan mining algorithm yang mempunyai potensi untuk menjadi lebih efisien mengendalikan billion x86 CPU moden. Monero menggunakan algoritma CryptoNight Proof of Work (PoW), yang mana telah direka untuk kegunaan CPU biasa.
2 Scalability
Blok Bitcoin di dalam rangkaian blockchain hanya dihadkan kepada 1MB dan ia tidak dapat mengendalikan transaksi yang banyak. Ini akan mendatangkan masalah apabila Bitcoin bertambah tetapi saiz blok masih kekal 1MB, dan ini akan melambatkan jaringan blockchain. Namun, bagi Monero, ia tiada had saiz terhadap setiap blok didalam blockchain. Saiz blok untuk transaksi boleh diubah secara automatik. Semakin besar saiz blok, semakin banyak transaksi yang boleh dikendalikan, dan semakin cepat transaksi dapat dilakukan.
3 Privasi
Sejauh mana sifat privasi Monero? Kebanyakan matawang krypto bersifat transparent yang mendedahkan sejarah transaksi kepada dunia. Monero menggunakan kriptografi yang tidak mudah untuk dipecahkan. Ia memastikan supaya tiada sesiapa dapat melihat berapa banyak nilai wang yang anda miliki atau yang anda telah anda keluarkan, walaupun mereka tahu wallet address anda.
Dash juga merupakan antara mata wang krypto yang bersifat privasi, namun apa perbezaan Monero dan Dash? Untuk matawang Krypto Dash, pengguna boleh membuat pilihan samada untuk memprivasikan distributed ledger atau tidak, namun bagi matawang krypto Monero, ia menggunakan distributed ledger yang bersifat privasi secara tak langsung dan pengguna hanya mempunyai pilihan untuk menjadikan lejar tersebut semi-transparent. Monero tidak mudah untuk ditembusi dan bersifat sulit, bermakna setiap aktiviti pengguna Monero berada di dalam mode privasi.
4 BAGAIMANA TRANSAKSI MONERO BERLAKU?
Terdapat 3 cara untuk melindungi privasi pengguna iaitu, Stealth Addressing, Ring Signature, dan Ring Confidential Transaction (Ring CT).
Stealth Address
Stealth address menyembunyikan kemana transaksi itu pergi dan ia juga adalah kriptografi yang tidak berpaut. Seperti yang kita dapat lihat pada Bitcoin, address itu dapat didedahkan untuk menghantar dan menerima Bitcoin. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa peningkatan yang telah dilakukan didalam privasi mata wang Monero.
Sebagai contoh, ‘one time public key’ adalah untuk menyatakan siapa yang boleh mengeluarkan output di dalam lejar transaksi. Pemerhati luar tidak dapat melihat bahawa transaksi itu sedang bergerak dari Alice ke Bob. Hal ini kerana, tiada ‘link wallet address’ dengan sekadar hanya melihat ke dalam blockchain. Apabila Alice hendak menghantar Monero kepada Bob, penerimaan output Bob tidak akan didedahkan secara awamnya dengan wallet address Bob.
Walau bagaimanapun, jika Alice perlukan bukti bahawa dia telah menghantar pada Bob, wallet Alice memerlukan keupayaan untuk mengesahkan bahawa pembayaran telah dihantar kepada Bob. Alice menggunakan public view key dan public spend key Bob untuk menjana one time public key. Jadi, semua orang dapat melihat one time public key didalam blockchain, tetapi hanya Alice dan Bob sahaja yang mengetahui bahawa Alice telah menghantar Monero kepada Bob.
Ring Signature
Ring Signature merupakan sejenis kumpulan signature yang menggunakan akaun anda dan nombor public keys daripada output. Untuk memastikan output transaksi tidak dapat dijejak, Monero menggunakan cara triangular distribution.
Alice menghantar Monero kepada Bob dengan menggunakan nilai saiz ring 5. Salah satu daripada input tersebut datang dari wallet address Alice, manakala 4 yang lain akan diambil secara rawak dari blockchain untuk digunakan sebagai decoy. Kemudian, satu kumpulan yang terdiri daripada signer dihasilkan dan satu daripada ring member tersebut berkemungkinan menjadi signer sebenar. Kepada pemerhati lain termasuklah Bob, input tersebut tidak begitu jelas menunjukkan bahawa Alice yang menandatangani one time spend key. Walaupun begitu, dengan adanya key image, jaringan dapat dipastikan bahawa Monero telah dipindahkan kepada Bob.
Ring Confidential Transaction
Versi terbaru Monero yang baru dilancarkan telah ditambah baik dengan feature terbaru, iaitu Ring Confidential Transaction. Protokol terbaru ini dicipta untuk menangani masalah sedia ada ring signature, termasuk transaksi habuk (dust transactions) iaitu ribuan transaksi yang sangat kecil dibawah had transaksi yang sah yang masuk ke dalam rangkaian dan juga tahap anonymity yang tidak menyeluruh.
Dalam pembaharuan ini, protokol asal Monero telah diubah suai untuk membolehkan side-chain Confidential Transactions untuk ditambah. Protokol ini membenarkan jumlah, asal usul dan destinasi transaksi disembunyikan, seperti Zerocash. Apa yang berbeza adalah protokol ini masih menggunakan Proof of Work, tidak seperti Zerocash yang menggunakan matawang krypto yang sudah dicipta untuk anonymity, iaitu basecoin.
5 Kesimpulan
Monero mempunyai potensi untuk jangka masa panjang kerana ianya tertumpu kepada privasi pengguna. Boleh dikatakan Monero adalah evolusi idea Bitcoin yang pada asalnya juga dicipta untuk melindungi privasi pengguna. Monero pada hari ini adalah antara 10 matawang krypto terbesar dalam pasaran, dengan modal pasaran sebanyak USD$1.7 bilion dan nilai Monero kini USD$117.