Antara ciri-ciri yang unik yang terdapat pada blockchain NEM:
- Proof-Of-Importance (POI) Consensus Algorithm
Blockchain NEM beroperasi menggunakan POI algorithm yang unik. Secara ringkasnya, POI dicipta untuk memberi ganjaran kepada pengguna yang telah memberi sumbangan kepada komuniti NEM. Ia agak sama seperti proof-of-stake, tetapi ia akan mengambil kira betapa aktif seseorang pengguna dalam melaksanakan transaksi dengan pengguna lain. Dalam sistem proof-of-stake, pengguna haruslah mempunyai sejumlah matawang krypto yang besar untuk membentuk satu blok, tetapi transactions volume dan kepercayaan menjadi faktor-faktor dalam transaksi NEM.
POI juga membantu menentukan pengguna yang akan mengira blok yang seterusnya. Algorithm baru dalam NEM menjaminkan pengagihan yang adil dalam memberi peluang kepada pengguna-pengguna untuk membentuk blok kerana ia mengambil kira bukan sahaja jumlah matawang krypto yang disimpan dalam dompet pengguna tetapi juga semua transaksi yang masuk dan keluar. Oleh itu, pengguna yang membuat sumbangan terbesar kepada development dan pengagihan mata wang tersebut akan mendapat ganjaran.
- Mosaics
NEM akan menyokong aset berasaskan blockchain (blockchain-based assets) yang boleh diubah suai (customizable). Ia dipanggil mosaics. Dengan NEM mosaic, aset (yang boleh dikaitkan dengan nilai sebenar) boleh dicipta dengan produk yang tetap atau berubah, kadar (rates) dan hak pemindahan (transfers right). Mosaic masih lagi dalam fasa ujian, tetapi developers NEM menyatakan penciptaan aset (asset creation) direka dengan teliti dan pendekatannya berbeza daripada apa yang dilaksanakan oleh protocol lain.
- Purata Masa untuk Blok (Average Block Time)
Purata masa blok dalam rangkaian NEM diproses adalah 10 kali lebih rendah berbanding Bitcoin. Oleh itu NEM dapat menjalankan dan mengesahkan lebih banyak transaksi dalam masa yang lebih pendek.
- Messaging
Antara bentuk mesej di dalam NEM adalah encrypted, unencrypted atau hex. XEM diperlukan untuk sesebuah mesej dihantar di dalam rangkaian XEM. Cara ini boleh digunakan untuk komunikasi yang selamat ke mana-mana address XEM serta aplikasi yang berasaskan blockchain (blockchain-based application). Pembayaran untuk menghantar sesebuah mesej yang unencrypted adalah sebanyak 1 XEM untuk setiap 32 characters manakala ianya berbeza dan berubah untuk mesej yang encrypted.
- Development yang Didorong Oleh Ujian (Test-driven Development)
Teknologi NEM dibangunkan di bawah metodologi yang dipanggil test-driven development. Metodologi ini menumpukan kepada semua usaha untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan sebelum teknologi ini dimulakan dan diaplikasikan.