Default – Above Header Ads

Nxt, Implementasi Protokol PoS dalam Blockchain yang Terawal

Nxt merupakan mata wang kripto yang telah dilancarkan pada September 2013. Idea penciptaan Nxt adalah sebagai sebuah matawang kripto yang lebih maju berbanding matawang-matawang kripto gelombang pertama yang lain terutamanya Bitcoin. Pencipta-pencipta asal Nxt melihat potensi untuk menggunakan teknologi blockchain untuk sesuatu yang lebih daripada sekadar medium pertukaran. Penciptaan Nxt merupakan suatu idea yang memberikan impak kerana Nxt mempunyai pelbagai ciri teras yang amat penting bagi sesebuah matawang kripto dalam menginovasikan teknologi Blockchain.

Platform Nxt

Nxt mempunyai platformnya yang tersendiri dimana ianya dimuatkan dengan pelbagai jenis ciri utama seperti penukaran aset desentralisasi,  pasaran dan sistem pengundian. Antara ciri-ciri sampingan yang boleh didapati di platform ini ialah sistem mesej, sistem kawalan matawang, sistem penciptaan aset dan matawang, sistem kewangan dan sistem alias.  Semua ciri-ciri ini dimuatkan disamping Nxt yang mempunya nilai matawang digital yang tersendiri. Platform Nxt direka supaya mudah digunakan, fleksibel dan boleh diguna pakai tanpa izin.

 

Ciri-ciri teknikal Nxt

Nxt mempunyai bekalan maksima sebanyak 1 bilion coin. Nxt menggunakan protokol ‘proof-of-stake (POS)’ untuk mengesahkan transaksi Nxt. Setiap blok yang dibina di atas blockchain Nxt adalah sebanyak 1 blok setiap minit dan transaksi yang boleh direkod dalam setiap blok adalah sebanyak 256 jumlah transaksi.

Berbanding dengan Bitcoin dimana secara purata 10 minit diambil untuk setiap blok dan purata sebanyak 350 transaksi bagi setiap blok, Nxt boleh merekodkan nilai transaksi yang lebih banyak dan efektif. Protokol POS akan dikira semula setiap 2 blok yang disahkan dan ganjaran untuk protokol POS hanyalah tertakluk daripada yuran transaksi sahaja berlainan dengan Bitcoin, dimana ganjaran adalah daripada yuran transaksi dan juga ganjaran melombong.

Sistem kewangan Nxt

Sistem kewangan yang diguna pakai oleh Nxt adalah antara yang termaju dan terawal berbanding dengan matawang kripto lain. Dengan menggunakan platformnya yang ringkas dan mudah, pengguna dapat mencipta dan berdagang dengan aset diatas blockchain Nxt. Sistem kewangan yang diguna pakai memberi izin kepada individu-individu atau projek-projek yang memerlukan penciptaan dan penggunaan matawang kripto untuk terus menggunakannya dengan cepat dan mudah. Pelbagai kes-kes penggunaan yang dapat dilaksanakan dengan adanya sistem kewangan yang cekap, antaranya ialah pembiyaan orang ramai, penggunaan kupon dan baucer, kewangan mikro dan amal mikro dan juga servis escrow.

Penciptaan Ardor

Pada bulan Mei 2016, pelan tindakan 2.0 oleh Nxt telah menamakan Ardor, satu projek yang akan dibina oleh kumpulan Nxt. Penciptaan Ardor pada peringkat awal sedikit sebanyak merunsingkan pelabur Nxt kerana risau kepada hala tuju Nxt. Sebahagian pelabur berpendapat nilai Nxt akan merosot akibat penciptaan Ardor kerana Ardor dilihat sebagai Nxt 2.0.

Kumpulan Nxt juga dilihat menggunakan lebih sumber dan fokus pada projek Ardor selepas penciptaannya. Namun, apa yang pasti masih ramai yang berpendapat memgang matawang Nxt ada kebaikannya yang tersendiri seperti ciri-ciri yang lebih matang dan dari aspek kripto, penciptaan aset dan matawang menggunakan Nxt akan diberikan 10% kepada pemegang Nxt.

Harga dan pasaran Nxt

Berbanding dengan matawang kripto yang lain, Nxt merupakan matawang yang sering dilihat agak konsisten berada di tangga 100 teratas. Harga semasa matawang Nxt yangt diguna pakai dalam jual beli adalah pada USD 0.68. Harga tertinggi yang pernah direkodkan tercapai adalah pada USD 1.93 pada 24 Disember 2017 dan harga terendahnya adalah pada peringkat awal pelancarannya iaitu pada USD 0.002. Majoriti trading volume penukaran dan pembelian Nxt adalah pada HitBtc.com dengan purata sebanyak 38.6% daripada jumlah bekalan beredar dengan pasangan penukaran antara Nxt/BTC. Selain itu, Nxt juga boleh didapati di CoinEgg, Bittrex, Poloniex dan Indodax.

 

Maklumat tentang Nxt

Nama token : Nxt
Penanda token : Nxt
Umur : 5 tahun
Konsep : Rangkaian Pencairan  Token yang Desentralisasi
Jumlah bekalan : 1,000,000,000 NXT
Pre-mine : Ya
Dalam edaran : 998,999,942 NXT
Pencipta : BCNext (anonymous developer); Jelurida BV
Kelajuan transaksi : ~256 transaksi setiap minit
Yuran transaksi : bergantung kepada rangkaian Nxt
Algorithm : SHA-256
Protokol konsensus : PoS
Mining : Tiada
Laman web : Nxt

Nilai pada 20 September 2018
Modal pasaran (USD) : $66,471,092
Harga (USD) : $0.066538 

Nilai (BTC) : 0.00001039 BTC 

Rank (coinmarketcap) : 82

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads