Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Platform Pelaburan BitConnect Masih Lagi Mampu Bertahan?

Nampaknya pasaran matawang kripto sudah mula pulih. Baru sahaja semalam penulis post artikel tentang kejatuhan pasaran matawang kripto hampir 20%. Dalam masa satu hari sahaja harga matawang kripto naik kembali perlahan-perlahan dan sudah ada matawang kripto yang naik lebih 20 peratus walaupun kebanyakan matawang kripto terbesar naik dengan kadar yang agak perlahan.

Tetapi mungkin berita yang paling mengejutkan adalah tentang penutupan platform pinjaman dan pertukaran BitConnect yang diumumkan dalam laman web mereka pada 16 Januari yang lalu. Jika anda berminat tentang latar belakang BitConnect boleh baca di sini: BitConnect Coin: Platform Pelaburan yang Pelbagai. Dalam pengumuman itu, pihak BitConnect mengatakan bahawa mereka akan menghentikan operasi mereka dan melepaskan kesemua pinjaman yang dibuat di platform itu.

BitConnect menyenaraikan tiga sebab mengapa mereka membuat keputusan demikian, termasuk:

  1. Liputan berita negatif yang berlarutan tentang BitConnect

Sejak dahulu lagi, BitConnect telah dituduh menjalankan skim Ponzi atau skam, dan banyak orang berpengaruh dalam dunia matawang kripto, termasuk Vitalik Buterin pernah mengkritik operasi BitConnect. Tidak hairanlah, memandangkan ianya menyerupai HYIP atau High Yield Investment Program, di mana lebih banyak anda melabur, lebih tinggi keuntungan yang dijanjikan. Dan kebanyakan program ini lingkup kerana pelbagai masalah, seperti masalah pengurusan atau korupsi.

2.  Arahan cease and desist daripada pihak berkuasa di Texas dan North Carolina

Amerika Syarikat adalah antara negara yang mengamalkan undang-undang sekuriti yang sangat ketat, dan sejak kebelakangan ini pihak berkuasa negara itu sudah mula menutup dan mendakwa operasi-operasi yang disyaki menawarkan matawang kripto dalam bentuk sekuriti kepada orang ramai. Arahan cease and desist yang diterima BitConnect mengatakan platform itu menjalankan penjualan sekuriti yang tidak berdaftar melalui ICO mereka.

Default – Inside Post Ads

3.  Serangan DDoS yang selalu berlaku di platform itu

BitConnect sudah beberapa kali menjadi mangsa serangan DDoS, menyebabkan laman web  mereka tidak stabil dan tidak boleh diakses untuk jangka masa yang lama. Ini juga menandakan BitConnect tidak mempunyai team developers yang mantap untuk memelihara keselamatan platform mereka.

Berikutan pengumuman BitConnect, harga matawang kripto itu jatuh lebih 90 peratus daripada lebih USD$300 kepada hanya USD$5. Pihak BitConnect telah memberi jaminan bahawa mereka akan membayar baki BCC pada harga USD$363.62. Walaupun begitu, ramai pengguna BitConnect mula memenuhi ruangan media sosial dengan dakwaan bahawa mereka tidak boleh menukar baki BCC mereka kepada BTC di mana-mana platform pertukaran selepas platform pertukaran ditutup.

Sumber: coinmarketcap.com

Sewaktu penulisan, harga BCC di pasaran telah naik hampir 300% kepada USD$68.36, suatu perkara yang sangat ajaib. Malah, pasaran menunjukkan bahawa pertukaran BCC/BTC di platform pertukaran HitBTC, CoinExchange dan Livecoin adalah besar. BCC dilihat di jual di platform pertukaran HitBTC dengan harga USD$74.64.

Sumber: coinmarketcap.com

Adakah ini kerana ICO BitConnect X masih dijalankan? Menurut BitConnect, baki BCC untuk edaran akan ditawarkan di ICO BitConnect X. Harga BCC yang ditawarkan di ICO tersebut adalah USD$150. BitConnect juga meminta pengguna mereka untuk tidak menjual BCC dalam simpanan untuk menstabilkan kembali harga BCC.

Adakah BCC akan berjaya bertahan atau mereka akan kehilangan kepercayaan daripada rata-rata pengguna? Kita tunggu sahaja dan lihat.


 

 

Maklumat tentang BitConnect

Nama token : BitConnect
Penanda token : BCC
Konsep : Platform Pelaburan yang Pelbagai (Lending, Staking, Trading)
Jumlah bekalan : 28,000,000 BCC
Peruntukan kepada pencipta : Tidak diketahui
Untuk edaran : 9,892,311 BCC
Dalam edaran : 7,884,111 BCC
Untuk edaran PoW/PoS block reward : 18,107,689 BCC
Pencipta : Tidak diketahui
Algorithm : Scrypt
Protokol konsensus : PoW/PoS
Mining : Ya
Block reward : 10 BCC
Laman web : https://bitconnect.co/
Whitepaper : Tiada

Nilai pada 18 Januari 2018
Modal pasaran (USD) : $538,193,036
Harga (USD) : $68.26
Nilai (BTC) : 0.00609660
Rank (coinmarketcap) : 63

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads