Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Revolusi Pembiayaan Invois melalui Populous

Populous merupakan salah satu token dan projek matawang kripto. Ianya merupakan sebuah platform revolutionary di mana orang dalam komuniti berkumpul sebagai sebuah entiti tunggal untuk membiayai perniagaan yang memerlukan wang dan pembiayaan. Dalam erti kata lain, perniagaan-perniagaan yang mengalami masalah cashflow boleh menambah dana mereka melalui platform Populous.

Secara lebih terperinci, Populous menyediakan platform yang sangat mudah untuk pembiayaan invois dan perdagangan.  Di dalam platform Populous, pembeli dan penjual mendagangkan invois mereka proses lelongan melalui smart contract. Setiap pelabur kecil boleh menyumbang, dengan serendah $100. Sekumpulan pelabur sedemikian datang bersama-sama dan segera meminjam jumlah yang diperlukan untuk oleh mana-mana individu yang memerlukan dalam transaksi pembiayaan invois mereka.

Para pelabur ini boleh berasal dari mana-mana negara di dunia. Projek Populous menggunakan platform Peer-To-Peer (P2P) yang berfungsi sebagai pasaran berasaskan lelongan, di mana pembeli bertanding dengan satu sama lain untuk invois. Pemenang kemudian boleh mengutip prinsipal ditambah faedah untuk invois yang dibeli.

Populous menggunakan teknologi Blockchain untuk mencapai matlamat ini dengan menghubungkan pasangan secara langsung antara penjual dan peminjam invois. Dengan ini, ianya tidak memerlukan pihak ketiga seperti pihak bank dan mana-mana institusi kewangan lain termasuk bayaran tinggi yang mereka tetapkan. Platform pemfaktoran invois yang dibina dengan data XBRL yang menggunakan kontrak pintar (smart contract), dan sistem risiko kredit menggunakan skor Altman Z untuk menilai risiko yang terlibat dengan peminjam, syarikat, atau pelanggan tertentu.

 

 

Kebaikan platform Populous

Manfaat Populous adalah lebih tertumpu kepada peluang kewangan yang ia tawarkan pada perusahaan kecil dan sederhana, di mana jika di dalam pasaran kewangan tradisional, peluang kewangan ini hanya boleh dilakukan untuk perniagaan yang lebih besar. Bank-bank dan institusi pemberi pinjaman umumnya mempunyai bayaran ke atas perkhidmatan mereka, dan membuat pinjaman wang agak berisiko tinggi terhadap perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana. Memotong orang tengah seperti institusi-institusi kewangan dan perbankan akan memastikan semua perniagaan memasuki arena kewangan pada kedudukan yang sama.

Di samping itu, faktor dapat melelong invois kepada penawar tertinggi membolehkan syarikat kecil dan sederhana mendapatkan pembiayaan segera dimana sebelumnya mereka perlu menunggu selama 45 hingga 90 hari untuk pelanggan membayar invois. Dan untuk perniagaan kecil yang margin keuntungannya tipis, pembayaran yang lebih maju dapat memberikan impak kewangan yang jauh berbeza.

Digabungkan dengan skala global teknologi Blockchain, membolehkan pasaran yang lebih pelbagai dan dinamik daripada amalan pemberian pinjaman tradisional telah dibenarkan.

 

Bagaimana untuk membeli token Populous dan harga pasaran semasa

Ketika ini, token Populous (PPT) boleh dijual-beli di beberapa pasaran utama seperti Binanace, LAToken dan Bithumb dimana lebih 65% peratus volum jualan berlaku di ketiga2 pasaran penukaran ini. Namun begitu, terdapat beberapa pasaran2 penukaran kecil yang boleh menjual beli Populous token seperti Cashierest, Mercatox dan OKEx. Menurut coinmarketcap, harga terkini token populous adalah pada USD2.56. Sepanjang penjualan pada Julai 2017 sehingga kini, harga tertinggi pernah dicapai adalah pada USD 68.91 iaitu pada 28 Januari 2018, manakala harga terendah adalah USD 0.90 pada 16 Julai 2017 sewaktu awal2 penjualan token populous.

Maklumat tentang Populous

Nama token : Populous
Penanda token : PPT
Umur : 1 tahun 6 bulan
Konsep : Pendiskaunan Invois untuk Era Baru
Pencipta : Steve Williams
Jumlah bekalan : 53,252,246 PPT
Dalam edaran : 53,252,246 PPT
Pre-mine : Ya
Kelajuan Transaksi : bergantung kepada rangkaian Ethereum
Ganjaran Blok : bergantung kepada rangkaian Ethereum
Algorithm : ERC-20
Protokol konsensus : PoS
Mining : Ya
Laman web : Populous
Sumber Bacaan : Whitepaper

Nilai pada 4 Disember 2018
Modal pasaran (USD) : $67,238,211
Harga (USD) : $1.26

Harga Tertinggi (USD) : $68.91
Harga Terendah (USD) : $0.90
Nilai (BTC) : 0.00036960 BTC

Nilai (ETH) : 0.01464405 ETH
Profile (coinmarketcap) : https://coinmarketcap.com/currencies/populous/
Rank (coinmarketcap) : 55

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads