Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Stratis, Matawang Krypto yang Mampu Menandingi Ethereum?

Setelah kemunculan dan pengenalan mata wang krypto Bitcoin yang menggunakan platform teknologi Blockchain, terdapat banyak produk yang mengaplikasikan source code Bitcoin yang terbuka. Stratis adalah satu platform berasaskan teknologi blockchain Bitcoin yang bertujuan untuk mempermudahkan pembangunan, pengujian, dan penggunaan aplikasi C# pada .NET framework mereka.

Stratis menawarkan platform mereka sebagai platform blockchain-as-a-service (BAAS) untuk syarikat dan institusi dimana syarikat-syarikat ini boleh membina blockchain tersendiri yang dikenali sebagai sidechain, yang berasaskan blockchain Stratis tersendiri. Stratis juga mempunyai token sendiri iaitu Strat.

Stratis menggunakan source code teras Bitcoin yang ditulis dalam bahasa programming C++ dan mengubahnya dalam bahasa programming C#. C# merupakan bahasa programming yang lebih mudah untuk difahami dan dikendali. Oleh kerana itu, ia memudahkan institusi dan syarikat yang ingin mencipta sidechain tersendiri yang bersandarkan blockchain Stratis.

Sidechain wujud bersama-sama dengan blockchain teras Stratis, dan oleh itu, syarikat hanya perlu memprogramkan sidechain sendiri tanpa memprogramkan blockchain dari awal. Hubungan sidechain bersama blockchain boleh lebih dijelaskan melaui rajah di bawah.

Source : http://www.bestebank.org/blockchain/stratis/

Dengan pembangunan teknologi blockchain, terdapat pelbagai produk dan mata wang krypto yang baru yang diperkenalkan di pasaran seperti Stratis. Namun apakah perbezaan Stratis dengan matawang krypto yang sedang mendapat nama seperti Bitcoin and Ethereum?

1 Perbezaan Stratis dan Ethereum? 

Perbezaan antara Stratis dan Etherum yang paling jelas adalah kewujudan sidechains. Stratis merupakan satu platform yang menawarkan blockchain-as-a-service (BAAS), sebaliknya Ethereum tidak menawarkan kemudahan tersebut. Selain itu, Stratis menggunakan bahasa programming C# yang lebih mesra pengguna. Di mana Ethereum menggunakan bahasa programming Solidity yang memerlukan kemahiran yang tinggi dalam bidang programming.

Stratis dan Ethereum juga mengguna protokol yang berbeza. Ethereum menggunakan konsep Proof-of-Work atau dalam bahasa mudah, pemilikan coins dan token dibuat melalui mining. Sebaliknya protocol Stratis adalah Proof of Stake dimana pengguna boleh mendapat Strat melalui exchanger, namun harus menunggu untuk wallet coins matang untuk menebus ganjaran.

Ethereum Stratis
Menawarkan Smart Contract Menawarkan Smart Contract
Tiada sidechains Mempunyai sidechains
Bahasa Programming: Solidity Bahasa Programming: C#
Protokol: Proof of Work Protokol: Proof of Stake

Rajah 2 : Perbezaan antara stratis dan Ethereum

2 Perbezaan Stratis dan Bitcoin?

Nicolas Dorier melaksanakan dan mengubahsuai protokol Bitcoin, tetapi dalam C# dan berfungsi dengan tepat seperti pelaksanaan asli Bitcoin C ++, dimana beliau menulis klien Stratis dalam bahasa C#. Stratis mengubahsuai klien Bitcoin tetapi mengekalkan lapisan dasar kod yang penting seperti lapisan Node Policy, Infrastructure dan Policy.

3 Ciri-ciri Stratis

Breeze Wallet

Breeze wallet adalah produk terbaru daripada Stratis yang menggunakan TumbleBit. TumbleBit adalah protokol untuk melindungi privasi pengguna yang dibina atas Blockchain Bitcoin. Implementasi TumbleBit akan mempercepat proses dan meningkatkan keselamatan transaksi Stratis ke Bitcoin.

Masternode

Dengan adanya Breeze Wallet, ia akan memberi insentif yang lebih untuk menjalankan Stratis masternode dalam wallet tersebut. Untuk menjalankan Masternode, atau Breeze Tumbler Node, pengguna memerlukan 250,000 STRAT atau lebih dalam wallet mereka. Ini akan menyebabkan lebih ramai akan menyimpan STRAT, dan mengurangkan bekalan STRAT di pasaran. Apa kesannya? Kesan utama adalah peningkatan nilai STRAT di pasaran.

4 Kesimpulan

Ramai yang menganggap Stratis mempunyai potensi jangka masa panjang disebabkan oleh perkembangan teknologi di belakangnya. Adakah ia mampu menandingi Ethereum? Mungkin dari segi jumlah modal pasaran atau harga, Stratis masih jauh di belakang. Tetapi teknologi yang ditawarkan Stratis amat mudah difahami berbanding Ethereum, lebih-lebih kepada syarikat-syarikat besar yang mahu solusi yang pantas dan tidak kompleks. Masa depan Stratis dilihat cerah dan mempunyai potensi yang lebih besar daripada Ethereum yang semakin mahal dan padat. Apa pendapat anda?


 

Maklumat tentang Stratis

Nama token : Stratis
Penanda token : STRAT
Umur : 1 tahun 8 bulan
Konsep : Platform Membina Aplikasi Blockchain menggunakan Program C# dan .NET
Jumlah bekalan : 115,526,495 STRAT
Untuk pencipta : 14,000,000 STRAT
Pre-mine : Tiada
Dalam edaran : 98,760,656 STRAT
Pencipta : Justin Sun (pencipta Peiwo APP)
Kelajuan transaksi : ~ 24 saat (bergantung kepada kesibukan dalam rangkaian Ethereum)
Yuran transaksi : bergantung kepada harga semasa Ether gas
Algorithm : X13 hash
Protokol konsensus : Proof-of-stake
Mining : Ya (Purata sebanyak 1440 STRAT setiap hari)
Laman web : Stratis
Whitepaper : Stratis Academy

Nilai pada 2 Mac 2018
Modal pasaran (USD) : $747,961,855
Harga (USD) : $7.57 
Nilai (BTC) : 0.00068036 

Rank (coinmarketcap) : 31

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads