Default – Above Header Ads

Syscoin, Pasaran Terdesentralisasi Sepenuhnya yang Pertama

Memandangkan matawang kripto semakin diterima masyarakat dunia, interaksi mereka dengan platform e-dagang (e-commerce) menjadi semakin diperlukan. Terdapat khabar angin mengatakan bahawa syarikat seperti Amazon dan Ebay berkemungkinan akan membenarkan pembayaran Bitcoin di laman web mereka.

Syscoin bertujuan untuk membuang keperluan pihak ketiga dalam transaksi pasaran serta pada masa yang sama untuk menyediakan pasaran desentralisasi yang dapat menyediakan sistem berpusat seperti Amazon.

Apa Itu Syscoin (SYS)?

Syscoin dipasarkan sebagai rangkaian global, sebuah lejar yang diedarkan, sebuah pangkalan data desentralisasi dan sebuah blockchain. Selain itu, ia juga merupakan matawang kripto yang mempunyai platform termasuk token asalnya iaitu SYS.

Projek ini diketuai oleh Sebastian Schepis yang merupakan pencipta Syscoin dan developer utama Syscoin. Projek itu juga disokong oleh Blockchain Foundry, sebuah syarikat yang bertanggunjawab sebagai syarikat pembangunan teknologi Blockchain dan mencipta penyelesaian berasaskan Blockchain untuk tujuan komersial. Meskipun syarikat itu baru ditubuhkan pada tahun 2016, pasukan pengurusan Blockchain Foundry berperanan dalam membangunkan protokol Syscoin sejak tahun 2014 lagi dengan dana sebanyak USD$3.3 juta daripada pelabur persendirian.

Salah satu matlamat utama projek ini adalah untuk membuang keperluan perantara dan memberi semula hak kawalan barangan ke tangan peruncit dan pengguna sekaligus dapat menghapuskan yuran transaksi besar dan juga peratus komisen tinggi yang dikenakan oleh platform e-dagang yang terkemuka seperti Amazon dan Ebay.

Apa yang membuatkan Syscoin ini istimewa?

 

Syscoin mempunyai algoritma yang membolehkan penggabungannya dengan Bitcoin. Perkara ini membolehkan para pelombong untuk melombong kripto yang berasaskan algoritma yang sama secara serentak dan Syscoin mampu untuk memanfaatkan kuasa lombong dengan Bitcoin dan coin SHA-256 yang lain. Perkara ini telah menjamin keselamatan Syscoin dengan rangkaian yang sangat selamat dan stabil yang bertindak sebagai asas yang kukuh untuk platform.

Tambahan lagi, bagi menyediakan pasaran yang terdesentralisasi sepenuhnya, platform Syscoin juga menggabungkan beberapa ciri utama yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman e-dagang. Sebagai contoh, pengguna mempunyai akses kepada inventori yang tidak terhad, sementara peruncit boleh menjual semula barangan pengguna lain dan membenarkan produk mereka dijual semula untuk komisen.

Harga di pasaran boleh disandarkan kepada mata wang fiat seperti USD, EUR, dan GBP atau harga BTC. Tambahan lagi, platform Syscoin juga menggabungkan ciri escrow yang diuruskan untuk menyimpan token di escrow sehingga terma jualan dipenuhi dan dana dilepaskan kepada penjual.

Platform ini juga mempunyai pemesejan yang disulitkan, alamat wallet yang dikaitkan dengan nama pengguna dan sijil digital yang membolehkan pengguna mengeluarkan dan menukar aset digital peribadi seperti kunci pendaftaran dan kod kad hadiah dengan pengguna lain.

Lebih mengejutkan lagi, Syscoin menawarkan transaksi hampir sifar kos kewangan bagi menyediakan kunci yuran yang rendah, dan pengguna hanya perlu melakukan pembayaran melalui cryptocurrency SYS asli. Platform ini juga membolehkan pengguna membuat pembayaran melalui Bitcoin dan Zcash.

Sejauh Manakah Kejayaan Syscoin?

Syscoin adalah sebuah projek yang ditubuhkan sejak tahun 2014 dan masih mempunyai banyak ruang untuk berkembang dari segi membangunkan pangkalan pengguna mereka dan menjana pendapatan yang signifikan.

Projek ini berfungsi secara langsung kepada pasaran perniagaan terpusat dan membolehkan pengguna untuk menjual apa-apa secara langsung di blockchain Syscoin atau membina tapak perniagaan yang menggunakan infrastruktur mereka untuk memproses transaksi.

Pasukan ini telah menghasilkan produk yang berfungsi sepenuhnya dan telah berusaha untuk menggabungkan beberapa ciri yang dapat menjadikan platform ini sebagai alternatif yang berdaya saing dengan laman-laman seperti Amazon dan Ebay.

Malahan lagi, rantaian Syscoin menyokong sebanyak 750 transaksi persaat (TPS) dan perkara ini dijangka akan meningkat sehingga 300,000 TPS dengan menggunakan masternode yang sedang dirancang. Token SYS kini merupakan salah satu daripada matawang kripto yang mempunyai nilai paling rendah di pasaran.

Syscoin juga sedang bersaing dengan platform-platform e-dagang yang lain seperti Shopify dan WordPress (Woocommerce) yang membolehkan para peruncit menubuhkan tapak e-dagang dengan mudah dan juga sangat terkenal.

Penutup

Sebuah pasaran yang terdesentralisasi amat diperlukan,dapat digunakan dengan banyak mata wang dan untuk sesiapa saja dengan mudah adalah satu keperluan pada masa ini.

Tambahan pula apabila Amazon, Ebay, dan PayPal terus meningkatkan yuran mereka dan menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat. Perkara ini akan menjurus kepada vendor-vendor dalam talian tidak lama lagi akan mempunyai sedikit pilihan tetapi untuk mencari alternatif yang lebih murah.

Syscoin adalah protokol blockchain yang membolehkan individu dan perniagaan untuk berdagang barangan dan perkhidmatan, data dan sijil digital dengan selamat serta pada kos yang rendah. Platform ini akan mendapat keuntungan secara besar-besaran kerana terdapat peningkatan yang ketara dalam penggunaannya.

 

Maklumat tentang Syscoin

Nama token : Syscoin
Penanda token : SYS
Umur : 4 tahun
Konsep : Perniagaan berasaskan Blockchain
Jumlah bekalan : 2,000,000,000 SYS
Untuk awam : 888,000,000 SYS
Pre-mine : 18%
Dalam edaran : 540,039,703 SYS
Pencipta : Sebastian Schepis
Kelajuan transaksi : 300,000 TPS
Yuran transaksi : kurang daripada $0.0001
Algorithm : Scrypt
Protokol konsensus : PoW
Mining : Ya
Laman web : Syscoin
Whitepaper : Syscoin Whitepaper

Nilai pada 14 September 2018
Modal pasaran (USD) : $45,305,900
Harga (USD) : $0.083894 

Nilai (BTC) : 0.00001280 BTC

Rank (coinmarketcap) : 109

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.