Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

TenX – Kad Debit untuk Membelanjakan Matawang Kripto?

Apa itu TenX ?

TenX adalah sebuah platform pembayaran matawang kripto yang mengandungi wallet, kad debit berbentuk fizikal, akaun bank, pengaksesan ATM, dan sebagainya. Dalam erti kata lain, sebuah syarikat ingin memperkenalkan produk yang memudahkan anda untuk menggunakan matawang kripto di dalam ‘dunia yang sebenar’.

TenX dicipta diatas Comit Network, platform pembayaran tanpa gaji yang boleh membawa kita ke dunia yang tidak memerlukan yuran transaksi kewangan.

Bagaimana TenX Berfungsi?

Kebaikan utama TenX adalah ia menawarkan yuran perbelanjaan dan pertukaran yang percuma iaitu yuran 0%. Namun begitu, anda masih perlu membuat pembayaran untuk kad fizikal dan kad virtual dan ia juga mengenakan limit perbelanjaan.

Untuk mengakses platform TenX, anda perlu memuat naik wallet TenX terlebih dahulu. Wallet TenX boleh didapati sebagai mobile application daripada Play Store atau sebagai desktop software dari TenX.tech.

Platform TenX dan wallet TenX menyokong aset Blockchain yang dapat merentasi beberapa Blockchain yang lain. Ia juga meyokong Bitcoin, Ethereum, dan Dash. Syarikat tersebut merancang untuk menambah lagi pelbagai jenis matawang kripto di masa hadapan.

Ciri utama platform TenX yang lain adalah ia mempunyai keselamatan decentralized, yang mana ia menggunakan sistem smart contracts. Jika anda sebagai holder kepada kunci DSS, anda akan mengawal dana secara keseluruhan. Anda juga boleh mengubah setting keselamatan pada bila-bila masa dengan menggunakan fungsi smart contract. Setting keselamatan boleh diubah untuk limit harian, portfolio perbelanjaan, withdrawal setting, dan banyak lagi.

Setelah siap setup platform pembayaran dan juga wallet, anda sudah boleh berinteraksi dengan produk dan servis di real-world. TenX bergantung kepada Comit Network untuk servis-servis ini.

Apakah Comit Network ?

Comit Network boleh didapati secara online di comit.network. Ia adalah rangkaian off-chain multi-asset untuk transaksi segera yang selamat kriptografinya. Secara asasnya, ia adalah platform pembayaran yang ‘boleh menyediakan penyelesaian yang terakhir dan elegan seperti mana maklumat yang diberikan internet.’ Ia berjanji untuk menyediakan pembayaran yang murah kepada semua pengguna di seluruh dunia. Ini termasuklah akses global yang sebenar tanpa limitasi kepada apa apa aset atau proses bisnes yang menghubungkan kepada Blockchain.

TenX bergantung kepada platform pembayaran ini untuk rangkaiannya. Platform pembayaran (termasuklah kad debit, ATM, akaun bank, dan wallet) yang berinteraksi dengan Comit Network untuk menyediakan ETF, servis pertukaran, solusi pinjaman, dan keselamatan.

TenX PAY Token

Mengapa perlu memegang TenX’s PAY Token? Token TenX mempunyai potensi untuk menjadi pembuat duit yang besar kepada pemegang token untuk setiap transaksi, dengan cara pemegang token menerima ganjaran dalam bentuk ETH. 0.5% daripada transaksi itu pergi kepada pemegang token TenX. Tambahan lagi, pemegang token juga menerima 0.1% ganjaran cash back dalam bentuk PAY.

Yuran TenX

TenX menawarkan struktur yuran yang secara langsung. Berikut adalah berapa banyak yang perlu anda bayat untuk setiap servis TenX yang berlainan:

  • Physical Card Issuing Fee (Covers Shipping and Tracking): $15
  • Virtual Card Issuing Fee: $1.50
  • Physical Card Annual Fee: Percuma (atau $10 jika anda berbelanja kurang daripada $1,000 setahun)
  • Virtual Card Annual Fee: Percuma (atau $10 jika anda berbelanja kurang daripada $1,000 setahun)
  • Foreign Exchange Fee: 0%

Terdapat beberapa limit kepada perbelanjaan anda. Akaun biasa mempunyai limit terhadap 200 EUR setiap pengeluaran ATM dan perbelanjaan setiap hari mempunyai limit sebanyak 2500 EUR per hari. Walaubagaimanapun, akaun yang telah diupgrade boleh berbelanja sehingga ke 10,000 EUR per transaksi, 20,000 EUR per hari, dan 1,000 EUR per pengeluaran ATM.

Siapa yang terlibat dengan TenX ?

TenX telah dicipta oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada Toby Hoenisch (Co-founder dan CEO), Michael Sperk (Co-founder dan CTO), Paul Kitti (Co-founder dan COO), dan Julian Hosp (Co-founder dan CVO).

Syarikat tersebut telah menerima pelaburan daripada Fenbushi Caputal dan ICH. Syarikat TenX juga mempunyai headquarters di Singapore dan juga di London.

Kesimpulan

TenX adalah platform pembayaran yang dicipta atas kepada Comit Network. Platform pembayaran dapat melupuskan kebanyakan yuran yang berkaitan dengan bank internasional dan pemindahan. Syarikat tersebut menawarkan kad fizikal dan juga kad virtual yang membolehkan anda berinteraksi dengan produk dan servis di dunia yang sebenar.

Secara terangnya, TenX menjana perhatian yang sangat besar didalam komuniti blockchain dan juga telah menerima sokongan daripada pihak industry besar seperti Vitalik Buterin (pencipta Ethereum).

Projek TenX telah berjaya mengumpul sebanyak 200,000 ETH (USD$67 juta ketika itu) dalam masa 10 minit sahaja sewaktu ICO dijalankan. TenX kini berada di tangga ke-44 dalam pasaran matawang kripto dengan pasaran modal sebanyak USD$267 juta. Antara platform pertukaran yang trading token TenX termasuk Bittrex, Huobi, HitBTC dan OKEx. Nilai TenX kini adalah USD$2.56.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.