Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Token LEO Hanya Alat Membayar Hutang?

Pernah dengar tentang token LEO milik Bitfinex? Ia adalah salah satu contoh token yang ditawarkan melalui IEO atau Initial Exchange Offering. Apakah guna token LEO ini? Sebenarnya banyak kontroversi mengenai token ini dan juga syarikat pengeluarnya sejak dahulu lagi.

Untuk ketahui lebih lanjut, mari kita melihat latar belakang token LEO.

Asal LEO Token

Bitfinex telah mengutip USD$1 bilion dalam tempoh hanya 10 hari, menjadikan LEO token IEO (Initial Exchange Offering) terbesar sepanjang masa.

Tidak seperti kebanyakan IEO lain, penjualan LEO token adalah 100% melalui penjualan tertutup dan pelabur tidak menerima diskaun atau bonus. Tiada siapa yang menerima LEO token secara percuma, tidak juga Bitfinex sendiri.

Menurut Bitfinex CTO Paolo Ardoino, jumlah itu telah dikutip dari pengguna dalam dan luar yang melabur lebih $ 1 juta setiap satu, serta beberapa gergasi industri dan syarikat swasta yang melabur lebih daripada $ 100 juta setiap satu.

Penjualan LEO token dibuat hanya beberapa minggu selepas dilaporkan bahawa Bitfinex telah kehilangan USD$ 850 juta, dan tampaknya Bitfinex menggunakan dana dari Tether untuk menutupnya.

Bagaimanapun, ia kemudiannya didedahkan bahawa Bitfinex tidak kehilangan dana, tetapi wangnya dibekukan dalam akaun yang dikawal oleh Crypto Capital.

Penjualan Bitfinex LEO token dicipta sebagai penyelesaian menang-menang untuk menampung kekurangan USD$ 850 juta dalam akaunnya, memberikan suntikan tunai yang cepat, sementara menawarkan pemegang token pelbagai manfaat sebagai balasan.

IEO LEO token dengan cepat dapat menampung balik dana-dana yang hilang, membolehkan platform dagangan Bitfinex menyambung semula pengeluaran pelanggan dan operasi biasa.

Semasa penjualan token, token LEO berharga 1 USDT setiap satu dengan jumlah 1 bilion token LEO yang dijual. Setakat ini, masih belum jelas berapa banyak pelabur yang membeli token Bitfinex semasa penjualan tertutup.

Walaupun kini terdapat kira-kira 1,200 pemegang LEO token menurut profil Etherscan, angka itu tidak tepat kerana kebanyakan individu menyimpan LEO token mereka dalam Bursa Bitfinex (yang akan dikira sebagai 1 alamat di Etherscan). Tambahan pula, hanya 65% bekalan LEO token dikeluarkan pada blok Ethereum dan selebihnya telah dikeluarkan pada blok EOS.

Jadi ianya adil untuk menganggap bahawa sebahagian besar bekalan LEO token tertumpu hanya di tangan beberapa individu.

Aspek Ekonomi LEO Token

Sebagai token utiliti platform perdagangan, LEO token direka untuk memberi manfaat kepada pedagang Bitfinex, yang membolehkan pemegangnya mendapatkan kadar dan layanan yang lebih baik apabila menggunakan bursa.

Dagangan untuk LEO token dibuka pada 20 Mei 2019, dengan Bitfinex menambah pasangan perdagangan BTC, USD, USDT, EOS dan ETH. Setelah mula memasuki platform perdagangan pada harga sekitar $ 1, LEO token segera memulakan pendakiannya, memuncak pada harga $ 1.50 hampir seminggu selepas ia mula-mula disenaraikan.

Sebahagian daripada sebab pertumbuhan segera boleh dikaitkan dengan utiliti token itu sendiri, yang direka untuk meningkatkan profitabiliti untuk pedagang Bitfinex dengan mengurangkan yuran perdagangan. Secara tidak langsung  menjadikan peluang memilikinya sesuatu yang tidak patut dilepaskan untuk pedagang volum tinggi.

Di samping itu, iFinex juga telah menjanjikan pemegang LEO token satu faedah yang bermanfaat di platformnya pada masa akan datang.

LEO Token burning

Secara bulanan, iFinex dan sekutu-sekutunya akan menggunakan tidak kurang daripada 27% daripada pendapatan kasar dari bulan sebelumnya untuk membeli token LEO pada kadar pasaran ketika itu, untuk mengurangkan bekalan edaran.

Selain itu, iFinex juga berjanji untuk membeli balik dan membakar token melalui tiga cara tambahan:

1. 95% dari mana-mana dana yang diperoleh dari Crypto Capital akan digunakan untuk membeli dan membakar token LEO, dengan pembelian semula ini dibuat dalam tempoh 18 bulan selepas memulihkan dana.

2. Sekurang-kurangnya 80% daripada dana bersih yang diperolehi dari kes godam Bitfinex 2016 (berjumlah 119,756 BTC) akan digunakan untuk membeli balik dan bakar token, sekali lagi dalam tempoh 18 bulan dari tarikh pemulihan.

3. iFinex juga mungkin membakar token LEO yang digunakan untuk membayar yuran dagangan pada mana-mana platformnya.

Ini akan dilakukan sehingga tidak ada lagi LEO token dalam edaran, secara tidak langsung menjadikannya semakin sedikit dari masa ke masa, yang akan membawa kepada pertumbuhan harga.

Pengurangan Fi Penerima (taker fee)

Boleh dikatakan utiliti utama token Bitfinex LEO adalah pengurangan fi penerima yang ditawarkan kepada pemegangnya. Sesiapa yang memegang token LEO akan diberi diskaun sebanyak 15% untuk fi penerima.

Sehingga 4 Jun, 2019, Bitfinex juga mengumumkan bahawa pemegang lebih daripada USDT 5,000 dalam LEO token akan menerima diskaun 10% tambahan merentasi pasangan dagangan crypto-crypto di Bifinex dan Ethfinex.

Secara keseluruhannya, ini membawa diskaun maksimum fi penerima kepada 25% untuk mereka yang memegang lebih dari 5,000 USDT dalam LEO token dan pasangan crypto-crypto dagangan.

Pengurangan Fi Pinjaman Bitfinex

Pemberi pinjaman P2P akan diberikan diskaun fi sebanyak 0.05% untuk setiap USDT 10,000 dalam LEO token yang disimpan dalam akaun mereka pada bulan sebelumnya. Diskaun ini dihadkan kepada maksimum 5%, yang memerlukan $ 1 juta dalam LEO token untuk dipegang oleh pemberi pinjaman.

iFinex juga menjelaskan bahawa diskaun ini tertakluk kepada perubahan, dan mungkin diubah pada masa akan datang sekiranya jadual bayaran Bitfinex berubah.

Fiat Deposit dan Pengurangan Fi Pengeluaran

Akhir sekali, pemegang LEO juga akan diberikan sehingga 25% diskaun ke atas kedua-dua deposit dan yuran pengeluaran.

Selain itu, pemilik Bitfinex LEO token, dengan baki purata lebih daripada 50 juta USDT dalam LEO token akan dapat mengeluarkan $ 2 juta dalam fiat sebulan tanpa sebarang fi.

Jika pemegang yang memiliki lebih 50 juta USDT dalam LEO mengeluarkan lebih daripada $ 2 juta sebulan, ia akan dikenakan fi pada kadar 2%, sebaliknya pengguna biasa dikenakan fi 3%. Sekali lagi, iFinex menyebut bahawa kadar ini tertakluk kepada perubahan.

Penulis: Akif Akmal

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.