Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Transaksi Nano Sepantas Kilat?

NANO, Transaksi Segera dan Percuma

Nano adalah matawang kripto dengan senibina block-lattice yang inovatif, memberikan setiap akaun Blockchain yang tersendiri untuk membolehkan kelajuan transaksi segera dan skalabiliti yang tidak terhad. Misi Nano adalah untuk menjadi matawang global dengan urus niaga segera dan tiada bayaran melalui rangkaian yang selamat dan terdesentralisasi.

Nano menggunakan algoritma DAG dan masih menggunakan kod persendirian mereka yang dinamakan sebagai block-lattice. Sekiranya anda mahu membuka akaun Nano, anda perlu melalui prosedur khas yang dipanggil rantai akaun (account chain) yang telah diperkenalkan oleh Nano sendiri. Anda juga boleh menukar rantai pada akaun peribadi anda tanpa sebarang bantuan dari rangkaian.

Secara ringkas, untuk menjalankan transaksi di rangkaian ini memerlukan anda menyelesaikan dua transaksi. Ianya adalah transaksi urusniaga penghantar dan penerima. Penerima mesti menandatangani satu blok untuk mengesahkan transaksi. Sebarang transaksi yang tidak ditandatangani akan dikira sebagai transaksi yang tidak lengkap.

Setiap transaksi berjalan melalui Protokol Pengguna Datagram (User Datagram Protocol) atau dikenali sebagai UDP yang membolehkan pemindahan luar talian dan peningkatan kelajuan pada urus niaga. Oleh kerana urusniaga diuruskan secara berasingan daripada rantai, ia sekaligus telah menyelesaikan masalah kekurangan saiz blok. Hanya baki akaun peribadi disimpan dan bukannya keseluruhan lejar. Ini menjadikan transaksi berjalan dengan lebih cepat.

Aspek penting yang ada pada NANO

Nano mempunyai beberapa kelebihan utama berbanding Bitcoin.

Antaranya kelebihan yang dibawa oleh Nano, ia berkebolehan untuk melakukan urus niaga segera, jadi ia boleh digunakan untuk kedua-dua pembelian besar dan kecil. Hal ini telah memudahkan lagi penerimaan pengguna untuk menggunakan NANO sebagai matawang kripto utama mereka selain daripada Bitcoin.

Perkara ini dibuktikan lagi apabila transaksi Bitcoin menjadi semakin perlahan dari semasa ke semasa. Pada masa yang sama, Bitcoin juga sedang menghadapi masalah skalalibiliti dan latensi yang tinggi. Beberapa kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar Blockchain telah menunjukkan bahawa purata masa pengesahan yang diambil untuk satu transaksi dalam Bitcoin adalah 164 minit. Akhir sekali, masalah yang dihadapi Bitcoin adalah penggunaan kuasa yang tidak cekap. Bitcoin telah menggunakan 27.28TWh setahun dan purata sebanyak 260KWh dalam satu transaksi.

Selain itu, NANO juga menjamin kebolehan berskala tidak terhingga. Perkara ini berupaya memproses lebih daripada 1000 kali lebih banyak transaksi sesaat daripada Bitcoin. Sehingga masa penerbitan kertas putih Nano (November 2017), Nano telah memproses 4.2 juta transaksi dengan ukuran lejar yang tidak terlindung sebanyak 1.7GB. Di samping itu, ia berjanji bahawa ia tidak akan mengenakan bayaran untuk menggunakan token itu dan pengguna hanya akan membayar untuk pembelian tidak kira apa barangan tersebut.

Perkara yang lebih unik yang dibawa oleh NANO adalah ia mampu berjalan diatas perkakasan berkuasa rendah. ia adalah pilihan praktikal sebagai matawang kripto untuk urusniaga desentralisasi secara peer-to-peer.

Keselamatan dan Pencegahan Terhadap Serangan

Oleh kerana tiada yuran untuk menggunakan Nano, ia sangat terdedah kepada spam bot. Untuk menghalang spam, Nano telah mengaktifkan PoW untuk digunakan dengan transaksi seterusnya berikutan penyelesaian transaksi pertama. PoW ini adalah sama dengan Hashcash dan boleh dikira dalam beberapa saat sahaja.

Nano terdedah kepada serangan 51%, bermakna jika penyerang dapat memperoleh lebih daripada 50% kekuatan mengundi, mereka boleh memecahkan rangkaian. Untuk mengelakkan kejadian seperti ini, Nano mengikat berat mengundi kepada pelaburan dalam sistem. Ini bermakna pemegang akaun mempunyai insentif untuk melihat bahawa sistem itu jujur, kerana serangan yang merosakkan akan memusnahkan pelaburan mereka. Di samping itu, sistem Delegated Proof-of-Stake (DPoS) membenarkan penggunaan tenaga yang minimum dan hanya memerlukan perisian ringan yang berjalan pada perkakas kuasa rendah.

Perbadingan Nano dan Bitcoin

Nano 100% tidak sama seperti Bitcoin!

Tidak seperti Bitcoin dimana anda perlu merujuk transaksi sebelum ini untuk mengesahkan transaksi seterusnya. Di Nano, penghantaran transaksi harus menghitung blok pemilik sebelumnya. Seterusnya, di Bitcoin di mana kawalan 51% daripada rangkaian akan menjejaskan sistem Bitcoin manakala di Nano, kawalan 51% daripada rangkaian hanya boleh mengganggu rangkaian tersebut tetapi mereka tidak dapat mencipta atau mencuri token apa-apa.

Yuran transaksi di Bitcoin adalah bertujuan untuk menggalakkan pelombong untuk memastikan keselamatan rangkaian manakalan di Nano tiada perlombongan akan dilakukan justeru tiada yuran transaksi akan dikenakan. Lebih menarik lagi, transaksi di Nano adalah lebih laju berbanding di Bitcoin kerana ia tidak memerlukan pelombong untuk mencipta blok tersebut.

Perbezaan yang lebih ketara adalah transaksi di Bitcoin akan direkodkan didalam lejar diedarkan manakala Nano tidak memerlukan apa-apa rekod kerana setiap akaun sudah mempunyai baki akaun.

Rumusan

Nano mempunyai sejarah yang menarik dan kes penggunaan yang lebih menarik. Tiada apa yang rumit tentang apa yang mereka cuba lakukan. Ini adalah kes penggunaan yang mudah, dan memandangkan mereka telah menakluki masalah skala dan kelajuan, Nano dapat menjadi matawang kripto yang akhirnya memperoleh penerimaan arus perdana.

Pada ketika ini mereka memerlukan pelan pemasaran yang lebih baik dan cara untuk menyebarkan penggunaan mereka jauh dan luas. Kad pintar boleh menjadi salah satu jalan penyelesaian ini kerana ia akan membolehkan pengguna membelanjakan dan menerima Nano tanpa perlu memahami apa-apa mengenai kunci peribadi dan awam, dompet atau keselamatan matawang kripto.

 

Maklumat tentang Nano

Nama coin : Nano
Penanda token : NANO
Umur :  3 tahun
Konsep : Matawang Digital untuk Dunia Sebenar
Pencipta : Colin LeMahieu
Jumlah bekalan : 133,248,290 NANO
Dalam edaran : 133,248,290 NANO
Pre-mine : Ya
Kelajuan Transaksi : ~7,000 tps
Protokol konsensus : DPoS
Mining : Tidak
Laman web : Nano
Sumber Bacaan : Whitepaper

Nilai pada 18 Disember 2018
Modal pasaran (USD) : $113,706,640
Harga (USD) : $0.853344

Harga Tertinggi (USD) : $34.43
Harga Terendah (USD) : $0.019548
Nilai (BTC) : 0.00024368 BTC

Profile (coinmarketcap) : https://coinmarketcap.com/currencies/nano/
Rank (coinmarketcap) : 37

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads