Default – Above Header Ads

TrueUSD: Stablecoin yang Lebih Dipercayai daripada Tether

TrustToken adalah platform yang baru diwujudkan dengan visi untuk menghubungkan aset dunia yang sedia ada dengan Blockchain. Matawang yang dibina oleh TrustToken melalui aset-asetnya mewakili penguasaan dan pemilikan setiap aset.

Token utama platform ini adalah TrueUSD (TUSD), merupakan stablecoin yang disandarkan kepada dolar A.S. dengan tuntutan untuk mengekalkan sebagai nisbah 1: 1 dengan USD. Team TrustToken mendakwa bahawa TrueUSD akan menjad token pertama yang berasaskan aset di platform ini. Team itu mengatakan bahawa TrueUSD akan menggunakan beberapa akaun escrow untuk mengurangkan risiko rakan niaga serta memberikan pemegang token perlindungan undang-undang terhadap kecurian.

Tether yang baru dilancarkan merupakan stablecoin yang juga disandarkan kepada USD dan baru-baru ini telah mencapai pasaran modal lebih daripada $ 2.21 bilion. Walau bagaimanapun, pelabur dan pasaran masih ragu-ragu terhadap matawang itu kerana platform Tether tidak mempunyai ketelusan yang akan menawarkan pelabur maklumat penting mengenai status aset mereka.

Perkara ini telah menggesa syarikat permulaan Stanford-StartX dan pengasas Dana TrustToken untuk melangkah masuk. Salah satu aspek unik TrueUSD adalah ianya 100% dijamin oleh dolar AS sebenar pada setiap masa sekaligus menawarkan pengguna kestabilan mata wang yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Melalui rangkaian rakan fidusiari dan perbankan, dana itu disimpan oleh pelbagai pihak ketiga yang sudah dipercayai untuk memegang dana dan syarikat ini tidak pernah menyentuh dana yang telah disalurkan. Dengan cara ini, TrueUSD membentangkan satu model yang unik yang mengatasi masalah pengurusan dana berpusat yang dihadapi oleh Tether dan usaha lain untuk mencipta matawang kripto yang disandarkan dengan aset dunia sebenar.

Bagaimana TrueUSD Berfungsi

Akaun escrow pihak ketiga adalah kunci kepada fungsi asas aset TrustTokens. Pada masa ini sesiapa sahaja boleh membeli TrueUSD apabila mereka telah menjalani pemeriksaan Know Your Customer (KYC) dan Anti Money Laundry (AML).

Jika pengguna ingin mendapatkan TrueUSD, pengguna perlu membuat akaun di platform TrustToken. Pengguna perlu melepasi pemeriksaan Know Your Customer (KYC) dan Anti Money Laundering (AML) untuk membuka akaun tersebut dan menerima TrueUSD buat kali pertama.

Untuk mendapatkan TrueUSD, pengguna perlu membuat pembayaran USD ke salah satu bank rakan kongsi TrustToken bersama maklumat wallet kripto pengguna. Setelah proses ini telah selesai, TrustToken akan membuat smart contract TrueUSD dan dihantar ke wallet pengguna.

Untuk menebus token tersebut, pengguna perlu menghantar semula token tersebut ke TrustToken dimana ia akan mengaktifkan smart contract tersebut. Seterusnya, TrustToken akan memaklumkan kepada bank untuk membuat pemindahan ke akaun pengguna.

Walaupun TrueUSD hanya disandarkan dengan dolar A.S pada masa ini, TrustToken berharap dapat menyandarkan token ini dengan mata wang lain pada masa akan datang. Pada masa ini, pembelian minimum adalah $ 10,000, walaupun dijangka jumlah minimum pembelian ini akan berkurangan pada masa akan datang.

TrueUSD telah membuka peluang kepada dunia matawang kripto untuk berkembang dengan lebih pesat lagi. TrueUSD juga telah memudahkan lagi penerimaan matawang kripto kepada individu-individu yang tidak yakin dengan naik turun harga matawang.

Adakah TUSD setanding dengan stablecoin lain?

Pasukan TrustToken merasakan bahawa TUSD adalah lebih baik berbanding projek stablecoin yang sedia ada seperti Tether, BaseCoin dan MakerDAO. TrustToken agak berbeza dari BaseCoin dan MakerDAO kerana mereka menggunakan algoritma untuk mengekalkan kestabilan, sementara TUSD mengekalkan kestabilan dengan baki aset yang ada.

Mengenai perbandingan dengan Tether, pasukan TrustToken hanya mengatakan bahawa mereka ingin membangunkan stablecoin yang dapat “digunakan dan dipercayai” pada diri mereka sendiri. Kenyataan ini mungkin merujuk kepada isu amanah berterusan yang ada pada Tether.

Penutup

Tokenization aset dunia nyata adalah sesuatu yang dilihat mempunyai potensi yang besar kerana ia akan membuka nilai dan mewujudkan persekitaran tanpa kepercayaan dan tidak memerlukan pihak ketiga yang mahal untuk menjadi perantara. Ia berfungsi dalam tokenization aset digital, seperti crypto-collectibles dan DigixDAO telah berjaya mengiktiraf emas secara digital.

Langkah berikutnya dalam tokenization adalah aset dunia sebenar lain yang dapat dihantarkan melalui smart contract. Ini membolehkan orang ramai memiliki sebahagian daripada harta sewa atau hak cipta atau aset-aset lain yang menghasilkan dapat pendapatan serta membolehkan para pemegang untuk mengutip sebahagian daripada pendapatan berhubung dengan pemilikan mereka, semuanya dikendalikan dengan selamat dan tanpa kos oleh kontrak pintar.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads