Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

XRP bukan Matawang Kripto Sebenar?

XRP, matawang kripto Ripple sehingga kini masih kekal di kedudukan teratas pasaran matawang kripto bersama-sama Bitcoin dan Ethereum dengan modal pasaran hampir USD$12 bilion. Namun begitu, dari dulu sampai sekarang terdapat banyak spekulasi tentang XRP ni.

Terutama dalam kalangan peminat tegar matawang kripto, persoalan utama tentang XRP ini adalah sama ada ia betul-betul layak dipanggil sebagai matawang kripto. Memandangkan XRP bukan berfungsi sebagai medium pembayaran seperti Bitcoin, Dash, Litecoin dan sebagainya, atau dalam platform utiliti seperti Ethereum dan Stellar, persoalan-persoalan yang timbul tidaklah menghairankan.

Jadi dalam artikel kali ini, mari kita rungkai tentang XRP ni dan lihat sama ada ia layak atau tidak untuk dipanggil matawang kripto.

Perkembangan XRP

2005

Pelancaran laman web RipplePay.com, satu servis yang memberi kemudahan pembayaran kepada komuniti online melalui rangkaian global. Protokol pembayaran ini dicipta oleh Ryan Fugger, seorang web developer di Vancouver.

May 2011

Default – Inside Post Ads

Jed McCaleb, Arthur Britto dan David Schwartz mula membina satu sistem matawang digital, di mana transaksi boleh disahkan melalui konsensus antara ahli dalam rangkaian, dan bukannya melalui proses mining seperti Bitcoin. Sistem ini direka untuk membuang keperluan platform pertukaran, menyelesaikan isu penggunaan tenaga yang banyak dan membuat transaksi yang lebih pantas dari Bitcoin.

Ogos 2012

Chris Larsen menyertai team developer ini dan kedua-dua Larsen dan McCaleb membawa idea mereka kepada Ryan Fugger, pencipta RipplePay. Pada bulan September Fugger menyerahkan sistem ciptaannya kepada Larsen dan McCaleb dan mereka menubuhkan OpenCoin Inc.

OpenCoin mula mengembangkan protokol pembayaran yang dipanggil Ripple Transaction Protocol (RTXP) berdasarkan idea Ryan Fugger. Protokol ini membolehkan pertukaran matawang secara langsung dan serta merta antara dua pihak, antaranya termasuk USD, Euro, Rupee, Yen dan emas.

September 2013

OpenCoin menukar nama kepada Ripple Labs Inc dan Chris Larsen menjadi CEO syarikat ini. Pada hari yang sama, protokol Ripple dilancarkan sebagai open source software.

May 2014

Fidor, sebuah bank Jerman online menjadi institusi kewangan pertama yang menggunakan rangkaian Ripple sebagai alternatif pembayaran kepada klien-klien mereka. Beberapa bulan kemudian, Cross River Bank dan CBW Bank di Amerika Syarikat mengumumkan penggunaan protokol Ripple dalam institusi mereka. Menjelang Disember, Ripple mula bekerjasama dengan Earthport, servis pembayaran antarabangsa yang mempunyai klien termasuk Bank of America dan HSBC.

Oktober 2014

Ripple Labs dalam surat mereka kepada New York State Department of Financial Services (NYSDFS) menyatakan bahawa protokol Ripple membolehkan pembayaran dalam apa sahaja matawang fiat dan matawang kripto, termasuk matawang kripto berdasarkan matematik yang dikembangkan oleh Ripple Labs, iaitu XRP.

May 2015

US Financial Crimes Enforcement Network (FinCEN) menyaman Ripple Labs dan XRP II sebanyak USD$700,000 kerana melanggar Akta Kerahsiaan Bank (Bank Secrecy Act). Ripple Labs bersetuju untuk hanya membuat transaksi XRP dan aktiviti “Ripple Trade” melalui perniagaan perkhidmatan wang (MSB) yang sudah berdaftar dan menambah protokol AML ke dalam rangkaian Ripple.

Jun 2016

Ripple menerima lesen matawang kripto, BitLicense, dari NYSDFS, yang membolehkan Ripple menjalankan aktiviti berkaitan matawang kripto di New York.

Mac 2017

Ripple Labs mengeluarkan 100 bilion XRP dalam rangkaian Ripple, di mana jumlah itu tidak akan bertambah. 20 bilion XRP diberikan kepada pencipta dan pengasas Ripple Labs, dan 80 bilion diserahkan kepada Ripple Labs. Sebanyak 40 bilion XRP telah diedarkan dalam pasaran matawang kripto.

May 2017

XRP bertujuan untuk “memberi insentif kepada peserta pasaran matawang kripto untuk menambah likuiditi XRP dan juga menguatkan posisi XRP di keseluruhan pasaran matawang kripto”. Oleh kerana banyak persoalan timbul mengenai jumlah sebenar XRP di pasaran, Ripple mengumumkan penyimpanan 55 bilion XRP (88% daripada aset XRP) mereka di dalam escrow yang selamat menggunakan smart contractEscrow ini hanya membenarkan penggunaan sehingga 1 bilion setiap bulan dan baki yang tidak digunakan perlu dihantar kembali, menambah satu lagi bulan ke dalam kontrak tersebut.

Kritikan terhadap XRP

Ramai dalam komuniti matawang kripto beranggapan bahawa XRP tidak mempunyai ciri-ciri seperti kebanyakan matawang kripto lain, dan hanya digunakan sebagai sumber pendapatan bagi Ripple. Dan baru-baru ini seorang eksekutif di Ripple telah mengesahkan bahawa walaupun institusi kewangan menggunakan protokol Ripple melalui xCurrent, hanya segelintir sahaja yang menyatakan minat mereka untuk menggunakan token XRP melalui platform xRapid.

Ini menunjukkan bahawa buat masa kini, XRP berfungsi semata-mata sebagai matawang kripto yang didagangkan di pasaran. Selain daripada itu, ramai yang mempersoalkan jumlah XRP (61 bilion) yang dikuasai oleh Ripple, memandangkan ianya tidak boleh dilombong. Adakah matawang kripto itu bersifat desentralisasi jika lebih daripada separuh jumlahnya dikuasai oleh satu syarikat berpusat?

Ripple pada asalnya memang bukan dicipta untuk menjadi matawang mahupun medium pembayaran. Beberapa penganalisa beranggapan bahawa XRP adalah sekuriti bagi Ripple, di mana ia digunakan sebagai alat pelaburan dan juga sumber dana Ripple.

Menurut Ripple pula, fungsi utama XRP adalah untuk proses pemindahan aset digital termasuk matawang dan komoditi seperti emas dan minyak melalui rangkaian Ripple. Ianya digunakan sebagai bridge currency, iaitu apabila tiada pertukaran langsung antara dua matawang pada sesuatu masa.

Kesimpulan

Daripada apa yang dibincangkan di atas, mungkin ramai yang bersetuju mengatakan ciri-ciri XRPada yang menepati matawang kripto yang sebenar – mempunyai privasi, tidak memerlukan pihak ketiga – dan ada yang tidak – tidak desentralisasi sepenuhnya, tidak dilombong dan dikawal Ripple. Namun begitu, kesimpulan sama boleh dikatakan kepada lebih 60 peratus matawang kripto yang lain kerana walaupun ianya boleh dilombong dan berfungsi sebagai medium pembayaran.

Hakikatnya, hampir semua matawang kripto digunakan sebagai alat pelaburan dan hanya segelintir sahaja yang kononnya mempunyai fungsi yang ingin membebaskan pengguna daripada kawalan berpusat. Persoalan sama ada XRP adalah matawang kripto sebenar atau tidak, tidaklah begitu penting jika kita lihat kepada gambaran besar pasaran matawang kripto.

Apa yang penting, harga XRP yang meningkat membawa keuntungan kepada pelaburnya. Setuju?

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.