Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

1.2 Juta dApps Ethereum Telah Menggunakan Alat Keselamatan Percuma untuk Menghalang Bug

 

Lebih 1.2 juta aplikasi desentralisasi (dApps) berdasarkan Ethereum telah dilaporkan menggunakan program keselamatan software yang dibangunkan oleh Amerdata (pada bulan Oktober 2018), untuk mengelak risiko software bugs dari menjejaskan sistem operasi mereka.

Alat keselamatan percuma Amberdata digunakan untuk mengesan kerentanan dalam dApps yang dilancarkan dalam blockchain Ethereum. Dalam tahun yang lalu, kerentanan dalam smart contract telah menyebabkan kerugian yang besar untuk pengguna – dengan beberapa akaun yang kehilangan lebih ratusan juta dolar.

Seperti yang diterangkan dalam laman web, software Amberdata mengimbas dApps secara otomatik untuk software bug paling banyak berlaku (selalunya dijumpai dalam smart contract). Berdasarkan pencariannya, program keselamatan syarikat itu meletakkan gred (A,B atau C) yang akan digunakan untuk menilai tahap keselamatan platform dApps.

Menurut laporan kajian yang diterbitkan pada awal November 2018 (oleh University of Maryland), hampir semua smart contract berdasarkan Ethereum telah menggunakan kod yang terdedah kepada bug. 1.2 juta kontrak yang dilancarkan di Ethereum telah diasingkan oleh penyelidik kepada 5,877 cluster – disebabkan majoriti mengandungi kod yang sama. 

Kumpulan penyelidik mengatakan bahawa memandangkan penggunaan semula kod antara smart contract, terdapat peluang yang lebih besar untuk jumlah program yang lebih banyak untuk mempunyai risiko pendedahan kritikal.

Seperti yang dikatakan oleh Shawn Douglass, CEO Amberdata, firma keselamatan siber untuk bertujuan untuk memberi “akses yang lebih banyak dan penglihatan yang lebih baik ke dalam smart contract.”

Douglass berkata:

“Kami harap dengan memberi peralatan ini kepada komuniti, kami boleh mengurangkan kebergantungan luar dan membolehkan komuniti membangun dengan lebih cepat dan selamat.”

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/03/1-2-million-ethereum-dapps-have-used-a-free-security-tool-to-prevent-bugs/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads