Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

$1 Juta: Itu adalah Sasaran Harga Bitcoin Menurut Ketua Kripto IBM

 

Naib Presiden Blockchain dan Matawang Digital IBM, Jesse Lund yakin terhadap Bitcoin – sangat yakin, sehingga dia menetapkan sasaran harga jangka masa panjang Bitcoin kepada $1 juta.

Lund mendedahkan sasaran harga Bitcoin itu di satu sesi temubual bersama Fred Schebesta di Think Conference baru-baru ini.

Eksekutif IBM itu menyatakan bahawa semakin tinggi harga satu aset kripto, semakin banyak utilitinya. Jadi, dia menganggap orang ramai perlu kurangkan fokus kepada pergerakan harga aset kripto dan lebih kepada utilitinya.

“Jika harga Bitcoin meningkat, akan terdapat lebih kecairan dalam rangkaian, kita akan mengadakan perbincangan lain dengan bank sekarang,” katanya.

Dia menambah spekulator hanya menjejeskan nilai matawang kripto, kerana “cara mereka memikir tentangnya adalah salah.”

Dalam temubual itu, Lund membuat kenyataan yang mengejutkan tentang masa depan matawang kripto. Menjelang tahun baru (2020), dia menjangka harga Bitcoin akan menjadi $5,000. Namun begitu pandangan jangka masa panjangnya berbeza:

“Saya mempunyai pandangan jangka masa panjang […] ia berbalik kepada perbincangan tentang utiliti rangkaian dengan harga yang lebih tinggi. Saya melihat Bitcoin pada harga $1 juta suatu ahri nanti. Saya suka melihat nombor itu, kerana jika Bitcoin pada harga $1 juta, jadi satoshi akan bernilai sama dengan US penny. Dan itu bermakna terdapat lebih $20 trilion kecairan dalam rangkaian ini. Fikirkan tentang $20 trilion Kecairan dan bagaimana ia mengubah benda seperti pembayaran korporat.”

Pandangan Lund adalah apabila harga Bitcoin cukup tinggi, ia akan menarik perhatian bank yang lebih serius. Apabila ini berlaku, utiliti token itu bertambah pada tujuan asalnya : pemindahan nilai yang murah. Kedua-dua IBM dan R3 Corda berkerja keras untuk memberi penyelesaian untuk pembayaran merentasi sempadan menggunakan aset digital.

Bukan setiap hari seseorang daripada dunia lama teknologi menjangka harga yang sangat tinggi untuk Bitcoin. Angka $5,000 itu mungkin pasti, memandangkan spekulator boleh membuat apa sahaja berlaku.

Sumber:

https://www.ccn.com/1-million-ibm-crypto-chief-sets-massive-bitcoin-price-target

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads