Default – Above Header Ads

100 Firma Jepun Implementasi Teknologi Blockchain untuk Perkongsian Data

Dalam usaha untuk menambah baik tahap efisyen, 100 pengeluar Jepun, termasuk ketua industri Mitsubushi Electric, telah bersetuju untuk menggunakan distributed ledger technology (DLT) dalam berkongsi data pengeluaran, menurut laporan dari Nikkei pada 17 Jun.

Menurut sumber terdekat, syarikat Mitsubushi Electric, Yaskawa Electric, DMG Mori, dan 97 firma lain merancang untuk berkongsi data pengeluaran sesama sendiri melalui teknologi blockchain.

Sebelum ini pengeluar dilaporkan menyimpan data yang dikumpul dari kilang-kilang mereka

secara rahsia untuk menghalang pesaing terdekat mereka dari mendapat kelebihan daripada maklumat yang bernilai.

Namun begitu, firma-firma itu kini percaya bahawa perkongsian data pengeluaran secara selamat boleh membawa kebaikan yang besar, dan kini mereka melihat untuk menggunakan Ciri immutability DLT untuk berkongsi data antara mereka.

Inisiatif blockchain ini dijangka akan dilancarkan pada tahun 2020, dan akan dipantau oleh Industrial Value Chain Initiation (IVI), satu badan yang melibatkan ahli industri dan ahli akademik yang fokus kepada mempromosi pengeluaran bijak (smart manufacturing) dan IoT di Jepun.

Secara spesifik, sumber dalaman mendedahkan bahawa objektif utama projek ini adalah untuk menaik taraf industri pengeluaran dengan membolehkan korporat besar dan startup menyertai projek itu.

Selepas projek itu dilancarkan, syarikat yang menyertainya boleh memutuskan berapa banyak data untuk dikongsi, bilangan firma untuk berkongsi dan sama ada untuk menawarkan secara percuma atau mengenakan bayaran untuk maklumat yang dikongsi.

Syarikat yang terlibat akan berkongsi data reka bentuk produk, status peralatan pengeluaran, dan juga maklumat pemeriksaan kualiti.

Kumpulan itu percaya bahawa dengan menggunakan teknologi blockchain untuk projek ini, risiko kebocoran data akan berkurang manakala aliran kerja pengeluar dan pembekal akan mengalami kurang geseran.

“Contohnya, pembekal bahagian boleh memulakan pengeluaran besar-besaran lebih cepat jika pengeluar elektronik berkongsi data dari mesin kawalan numerik komputer,” menurut Nikkei.

Tidak seperti jirannya China, Jepun menumpukan perhatian yang sama kepada kedua-dua matawang kripto dan industri blockchain. Pada awal Februari 2019, BTCManager diberitahu bahawa syarikat Marubeni Jepun telah berkolaborasi dengan Lo3 Energy untuk melancarkan penyelesaian tenaga berdasarkan blockchain.

Sumber:

https://btcmanager.com/100-japanese-firms-adopt-blockchain-data-sharing/?q=/100-japanese-firms-adopt-blockchain-data-sharing/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads