Default – Above Header Ads

15 Negara Merancang Sistem Pemerhatian Kripto Global di Bawah FATF

Lima belas negara merancang untuk menubuhkan sistem untuk memantau transaksi matawang kripto bersama-sama Financial Action Task Force (FATF), menurut laporan pada 9 Ogos.

Menurut Nikkei Asian Review, objektif sistem ini adalah untuk menghalang pergerakan dana untuk tujuan yang menyalahi undang-undang, seperti money laundering dan pembiayaan keganasan, dengan mengumpul dan berkongsi data transaksi, dan juga maklumat peribadi pengguna matawang kripto.

FATF, penguatkuasa money-laundering antarabangsa, akan menguruskan projek itu, yang dijangka akan disempurnakan menjelang tahun hadapan dan akan dilancarkan dalam beberapa tahun akan datang. 15 negara itu, termasuk ahli negara G7, Australia dan Singapura, akan membangun sistem itu, menurut Nikkei.

Pada bulan Jun, FATF mengeluarkan standard ke atas pengawal seliaan kripto, menetapkan bahawa kesemua 30 ahli negaranya perlu menubuhkan peraturan untuk pembekal perkhidmatan matawang kripto, termasuk memantau dan melaporkan transaksi yang disyaki dan berkongsi data tentang pengguna matawang kripto dengan platform lain.

Kumpulan negara G7 juga telah memberi amaran pada bulan Julai bahawa matawang kripto seperti Libra Facebook adalah ancaman kepada kestabilan kewangan global, dan bahawa peraturan dengan standard “paling tinggi” diperlukan untuk mengurangkan penggunaan matawang digital dalam penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

FATF juga dilaporkan bulan lalu telah memberi kebenaran kepada Jepun untuk mengetuai penubuhan rangkaian pembayaran matawang kripto antarabangsa sama seperti SWIFT, yang juga bertujuan untuk menghalang penggubahan wang haram.

Sumber:

https://www.coindesk.com/15-nations-plan-global-crypto-monitoring-system-under-fatf-report

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads