Default – Above Header Ads

$19 Juta: Ethereum Foundation akan Membiayai Usaha untuk Naiktaraf 2.0, Plasma dan Banyak Lagi

Ethereum Foundation menerangkan bagaimana anggaran $30 juta akan digunakan oleh organisasi itu atas projek utama dalam ekosistem Ethereum.

Kumpulan itu berkata $19 juta telah dibahagikan sepanjang 12 bulan akan datang untuk digunakan dalam “pembinaan Ethereum masa hadapan.”

Ini termasuk naik taraf penskalaan yang bercita-cita tinggi dipanggil Ethereum 2.0, projek penskalaan “lapisan 2” seperti plasma, termasuk projek penyelidikan dan pembangunan lain.

Sebanyak $8 juta lagi akan digunakan dalam masa 12 bulan untuk menyokong mainnet ethereum kini melalui inisiatif seperti ethereum 1x.

Ethereum digunakan dalam pengeluaran hari ini untuk melindungi aset bernilai berbilion dolar dan sebagai lapisan asas untuk beratus aplikasi. Kami percaya ianya penting untuk terus menyokong usaha ini utnuk memastikan ‘Ethereum 1.0’ berterusan menjadi platform smart contract yang dominan di dunia,” Foundation itu berkata dalam terbitan blog pada 20 Mei.

$3 juta yang terakhir akan digunakan untuk perkembangan dan kesedaran pembangun. Seperti yang dinyatakan dalam terbitan itu, jumlah itu akan diletakkan untuk: pendidikan pembangun dan kemasukan, menganjurkan persidangan tahunan ethereum Devcon, menyokong “organisasi komuniti ethereum rantau,” dan sebagainya.

Sepanjang tahun lalu, Ethereum Foundation telah membelanjakan sebanyak $27 juta menganugerahkan gran kepada 90 projek berbeza. Jumlah terbesar gran, 23, diberikan kepada projek ethereum yang fokus kepada skalabiliti.

Ethereum Foundation memegang 0.6 peratus daripada semua ether, bersamaan dalam $160 juta, dan juga wang dalam simpanan. Seperti yang dinyatakan dalam terbitan itu, sumber “bertujuan untuk menurun semakin masa berlalu” dan pihak ketiga seperti MolochDAO digalakkan untuk mengambil peranan lebih besar dalam menyokong pembangunan ekosistem ethereum.

“Usaha seperti ini memberi kami kelebihan dari sumber sedia ada, dan membantu membina jalan yang bertahan lama untuk membiayai projek penting di masa hadapan,” menurut terbitan blog itu.

Sumber:

https://www.coindesk.com/ethereum-foundation-funding-development-upgrade-plasma

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads