Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

30 ATM Bitcoin baru Dilancarkan di Chicago

 

Adakah Chicago akan menjadi hotspot seterusnya untuk ATM Bitcoin? Kemungkinan besar. Lebih kuran 30 mesin ATM Bitcoin akan dilancarkan di seluruh Chicago, yang dimiliki oleh Lux Vending yang beroperasi di Atlanta. Chicago seperti hub matawang kripto disebabkan negeri ini mempunyai jumlah ATM kripto yang tinggi (lebih dari 200 Menurut laporan dari Chicago Business).

ATM baru itu tidak hanya menerima Bitcoin tetapi juga aset digital teratas yang lain, seperti Ether.

Ini bermakna ATM itu akan membolehkan pelanggan untuk mendagangkan USD untuk Bitcoin, Ether, dan matawang virtual yang lain.

“Penggunaan matawang kripto yang besar setakat ini didorong oleh “sejarahnya yang berwarna warni” dengan industri kewangan,”Eric Gravengaard, CEO dan pengasas Athena Bitcoin berkata. Gravengaard juga memiliki tiga ATM Bitcoin di bandar itu.

Walaupun ianya tahun yang agak teruk untuk ekosistem matawang kripto dari segi harga, jumlah ATM Bitcion telah bertambah dengan banyak pada tahun 2018. Menurut data dari syarikat penganalisa matawang kripto Data Light, di tahun 2018 sahaja, bilangan ATM kripto telah bertambah dua kali ganda untuk mencecah 4,000. Terdapat Lebih kurang enam ATM kripto yang dipasang setiap hari.

Tidak dinafikan Chicago kini menjadi hotspot untuk matawang kripto dan teknologi Blockchain. Negeri itu telah muncul sebagai pesaing besar untuk takhta hub matawang kripto Amerika Syarikat, membina di atas akar umbi revolusi untuk menjadi pusat global untuk aset digital dan teknologi Blockchain. Coinbase, platform popular yang menjadikan ia mudah untuk menyimpan menjual dan membeli token digital, baru-baru ini membuka pejabat di Chicago.

Sumber:

https://coindoo.com/30-new-bitcoin-atms-to-launch-across-chicago/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.