Default – Above Header Ads

318 USDT Wallet Memegang Lebih 80% dari Bekalan USDT

Menurut data dari Coin Metrics, pemilikan Tether (USDT) sangat tertumpu, dengan 318 wallet memegang lebih kurang 80% daripada bekalan USDT dalam peredaran.

Setiap wallet ini mengandungi lebih $1 juta USDT. Digabungkan, mereka memegang sebanyak 3.3 bilion USDT, bersamaan dengan lebih kurang 81.70% daripada hampir $4.04 bilion Tether dalam peredaran, menurut laporan Bloomberg.

Sementara itu, wallet yang memegang antara 100,000 dan 1 juta USDT mewakili 10.35% daripada bekalan tether dalam peredaran, dengan 418.1 juta USDT, sementara wallet yang memegang antara 10,000 dan 100,000 tether mewakili 3.7% daripada bekalan USDT, dan wallet yang memegang kurang dari 10,000 tether bersamaan dengan 4.95% daripada bekalan USDT.

Menurut senarai orang kaya wallet.tether, lapan wallet dikenal pasti sebagai dimiliki Binance, Huobi, Bittrex, OKEx, Kraken dan Bitfinex, yang merangkumi dua-pertiga dari 12 wallet USDT terbesar, secara kolektif memegang hampir 24% daripada USDT dalam peredaran, dengan lebih kurang 967.29 juta USDT.

Dua wallet tether yang diketahui dimiliki Binance merangkumi yang terbesar dan keempat terbesar, mewakili hampir 13% daripada bekalan USDT sebanyak 522.42 juta. Dua wallet yang dikenal pasti dimiliki Huobi merangkumi ketiga dan kelima terbesar, dengan 309.14 juta USDT atau 7.65% daripada bekalan stablecoin itu.

Pada 29 Julai 2019, Hakim Joel Cohen dari Mahkamah Agung New York mengarahkan untuk mengunjurkan injunksi preliminari dalam kes antara Tether dan syarikat induk Bitfinex, iFinex Inc., dan New York Attorney General (NYAG) sebanyak 90 hari.

Pada bulan April, NYAG Letitia James mendapat pemfailan mahkamah mendakwa bahawa entiti berkaitan iFinex telah beroperasi tanpa mematuhi undang-undang New York, dan mungkin telah menipu pelabur matawang kripto di New York selepas Bitfinex dilaporkan kehilangan $850 juta dalam dana pengguna dan menutup kehilangan itu dengan meminjam $900 juta dari Tether.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/08/318-usdt-wallets-hold-over-80-of-supply/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.