Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

5 Bandar Teratas yang Menggunakan Lightning Network Bitcoin

 

Bitcoinist kerap melaporkan tentang progres Lightning, dan ekosistem itu kini memecah rekod baru setiap minggu. Meskipun begitu, sebagai teknologi baru yang masih dalam fasa awalnya, Bagaimana Lightning Network pada hari ini?

‘Saiz’ Lightning Network – jumlah nod yang menyiarkan transaksi, jumlah siaran pembayaran dan kapasiti kewangan sepenuhnya – menjadi laporan media lebih dari metrik lain.

Sewaktu penulisan, ketiga-tiga metrik itu adalah pada angka tertinggi – 6370 nod, dan 28,800 siaran yang merangkumi mainnet Bitcoin Lightning, dengan kapasiti keseluruhan hampir 700 BTC.

Dalam bulan lalu sahaja, nod, siaran dan kapasiti Lightning Network meningkat sebanyak 15 peratus, 33 peratus dan 28 peratus.

Siapa disebalik perkembangan cepat Lightning? Melihat kepada statistik mendedahkan fakta yang menarik:

Contohnya, walaupun AS mempunyai majoriti nod dan siaran, dan juga 80 peratus kapasiti, bandar dengan nod paling banyak adalah Toronto, Kanada.

Nod dari Kanada menyumbang kepada kapasiti bernilai 24.4 BTC. Ia menjadikan Toronto bandar ketiga dalam senarai; di atasnya adalah Frankfurt, Jerman (25.2 BTC) dan Ashburn, Virginia di mana kapasitinya hampir 60 peratus.

Keempat adalah satu lagi bandar Jerman, Nuremberg, menunjukkan Lightning sudahpun keluar dari pasaran Amerika Syarikat. Bandar lain dalam 20 teratas berdasarkan sumbangan kapasiti adalah Berlin, Hamburg, Singapura dan Amsterdam.

Seperti yang dilaporkan, bulan yang lalu telah melihat Lightning meningkat dalam publisiti mainstream hanya sedikit sahaja bayangkan enam bulan lalu. Hasil daripada pemindahan transaksi antara pengguna, Lightning Torch, CEO Twitter Jack Dorsey telah memuji teknologi itu, malah menandakan bahawa syarikatnya Twitter dan Square mungkin akan integrasi teknologi itu di masa depan.

Usaha lain untuk meningkatkan jumlah pengguna telah datang dalam bentuk projek konsumer seperti Lightning Pizza, yang bertujuan untuk membolehkan sesiapa sahaja di AS, Kanada dan Eropah untuk membeli pizza menggunakan rangkaian itu.

Sumber:

https://bitcoinist.com/lightning-network-bitcoin-cities/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.