Default – Above Header Ads

5 Bursa Pertukaran Jepun Sertai Persatuan Pertukaran Kripto Self-Regulatory

 

5 lagi bursa pertukaran kripto Jepun telah menyertai Japan Virtual Currency Exchange Association (JVCEA), menurut pengumuman rasmi pada 4 Januari 2019 dari JVCEA.

JVCEA adalah badan self-regulatory yang ditubuhkan pada bulan April 2018 oleh 16 bursa pertukaran kripto berdaftar yang bertujuan untuk mencipta garis panduan keselamatan pelabur untuk keseluruhan industri. Pada bulan Oktober 2018, penguatkuasa kewangan Jepun secara rasmi memberikan status self-regulatory kepada JVCEA untuk memantau sektor kripto.

Badan itu, yang ditubuhkan sebagai sebahagian daripada respons kepada kes godaman Coincheck pada Januari 2018 yang menyebabkan kerugian sebanyak USD$534 juta, telah mengeluarkan garis panduan pada bulan Jun, termasuk sekatan kepada insider trading dan larangan perdagangan matawang kripto yang privasi.

5 ahli Type II baru itu termasuk Coincheck, Everyone’s Bitcin, Lastroots Inc., LVC Corporation dan Coinage Corporation. Klasifikasi Type II bermaksud bisnes itu dalam proses memohon pendaftaran pedagang matawang virtual, menurut Cointelegraph.

LVC adalah adik-beradik LINE, yang mempunyai bursa pertukaran kripto sendiri, BITBOX yang melancarkan token LINK pada pertengahan Oktober.

Cointelegraph Jepun melaporkan bahawa JVCEA kini hanya merekrut ahli Type II, tetapi ia akan menambah klasifikasi Type II kepada syarikat yang menguruskan perkhidmatan berkaitan matawang virtual seperti wallet.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Dalam beberapa bulan yang lalu, badan itu mengumumkan ia sedang mempertimbangkan had margin trading dan sekatan maksimum kepada bursa pertukaran kripto untuk sebahagian daripada perdangan klien mereka.

Pada pertengahan Disember, media tempatan melaporkan lesen operasi bursa pertukaran kripto Coincheck telah diluluskan oleh penguatkuasa kewangan Jepun, tetapi operator baru Coincheck Monex tidak mengesahkan pengumuman tersebut.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/five-more-exchanges-join-japans-self-regulatory-crypto-exchange-association

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.