Default – Above Header Ads

50% daripada Populasi akan Menggunakan Bitcoin Menjelang 2043 Jika Kripto Seperti Internet

Mereka yang baru masuk ke dunia pelaburan kripto selalu bertanya adakah sudah terlewat untuk melabur dalam Bitcoin. Satu penganalisa kripto mendakwa bahawa hanya 0.4% daripada populasi global yang menggunakan Bitcoin. Jika Bitcoin mengikut kadar perkembangan yang sama dengan Internet, lebih dari 50% daripada populasi global dijangka akan menggunakan matawang kripto menjelang 2043, mencadangkan bahawa Bitcoin baru sahaja bermula.

Penganalisa itu berkata statistik yang sama boleh diaplikasi pada tahun 1995, dan kadar penggunaan Internet pada waktu itu.

Maju ke hadapan pada hari ini – 24 tahun kemudian – dan sangat sukar untuk membayarangkan dunia yang wujud tanpa Internet. Walaupun pada awalnya ramai yang skeptikal dan takut kepadanya, akhirnya ia berkembang dengan pesat menjadi apa yang dilihat pada hari ini: satu keperluan bagi hampir semua manusia. Walaupun begitu, penggunaan Internet hari ini masih lagi dalam 58% daripada populasi global, walaupun ia sudah meluas.

Jika Bitcoin mengikut kadar perkembangan yang sama dengan Internet, lebih 50% daripada populasi dunia akan menggunakan Bitcoin menjelang tahun 2043. Tetapi penggunaan teknologi meningkat lebih cepat disebabkan Internet, dan kemungkinan besar Bitcoin akan mencapai penggunaan meluas dalam kadar yang lebih cepat daripada internet.

Bitcoin juga selalu dibandingkan dengan internet dalam cara-cara lain. Tidak dinafikan pasaran kripto berkembang kerana hype semasa ATH pada tahun 2017. Bukan sahaja harga Bitcoin naik dua kali ganda dari $10,000 ke $20,000 dalam masa kurang dari sebulan, tetapi beratus altcoin lain juga mencapai penilaian yang kemungkinan besar tidak akan dicapai lagi. Macam pernah dengar?

Jika ya, ia adalah kerana perkara yang sama berlaku ketika gelembung dot com. Tarikan teknologi baru dan spekulasi tentang potensi besar telah menyebabkan pelabur melabur sepenuhnya dalam projek yang mereka anggap boleh mengubah dunia.

Akhirnya, mereka tinggal dengan tangan kosong. Banyak saham teknologi tidak pulih. Pada hari ini, banyak altcoin daripada gelembung kripto juga tidak akan pulih. Dan seperti gelembung dot com, pemenang besar seperti Amazon pon jatuh secara mendadak, tetapi akhirnya bangun kembali sehingga mencapai kejayaannya hari ini.

Dalam pasaran kripto, pemenang seperti Bitcoin secara perlahan mendekati ATH sebelum ini, dan jangkaannya adalah ia akan menjadi seperti Amazon suatu hari nanti.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/09/24/50-of-population-to-use-bitcoin-by-2043-if-crypto-follows-internet-adoption/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.