Default – Above Header Ads

58% Daripada Pelabur AS akan Melabur dalam Bitcoin Melalui ETF

 

58% daripada pelabur Amerika Syarikat lebih suka melabur dalam Bitcoin melalui exchange-traded fund (ETF), menurut kaji selidik.

Dikendalikan oleh Bitwise Asset Management, firma dana terhad kripto di San Francisco, Kaji selidik itu mendapat penyertaan daripada 150 penasihat kewangan dalam pasaran Amerika Syarikat. Apabila ditanya apa yang membuatkan mereka meletakkan Bitcoin dalam portfolio kliien mereka, 54% daripada mereka menjawab, “peraturan yang lebih baik” dan 35% berkata “pelancaran ETF”.

Nilai Bitcoin jatuh sebanyak tiga perempat di tahun 2018. Pelabur biasa yang menaikkan harga matawang digital telah hilang selepas kejatuhannya, meninggalkan pengguna awal dan firma tradisional untuk melindungi baki nilainya. Kini, bekalan Bitcoin yang berdiskaun yang cukup boleh didapati di pasaran, tetapi pedagang tidak mencukupi.

Pada masa yang sama, dalam tahun pasaran menurun di 2018, semakin banyak pelabur institusi yang mula membina jambatan antara kripto dan kewangan tradisional. Hubungan antara dua industri yang berbeza ini bertambah baik apabila:

  1. CBOE dan CME melancarkan dan menyempurnakan kontrak futures Bitcoin yang Pertama di dunia;
  2. Fidelity menjadi firma Wall Street pertama yang menawarkan perkhidmataan penjagaan dan perdagangan matawang kripto;
  3. Bakkt yang disokong ICE mengumumkan pelancaran futures Bitcoin fizikal yang berlesen yang pertama;
  4. Nasdaq mengumumkan ia akan melancarkan futures Bitcoin 2.0 pada awal tahun 2019.

Pencapaian institusi ini boleh mengubah masa depan Bitcoin, dan ini dijangka oleh pakar kewangan dari kedua-dua dunia kewangan tradisional dan ruangan kripto. Bitcoin ETF, menurut mereka, boleh menjadi batu loncatan untuk penggunaan kripto dalam kalangan pelabur institusi.

“Jawapannya adalah ETF adalah bentuk yang difahami yang dianggap sebagai plug-and-play bersama-sama platform software sedia ada, kertas kerja, proses dan aliran kerja yang digunakan pelabur dan firma profesional,” menurut Bitwise dalam surat Off the Chain Pompliano.”Pada peruntukan sebanyak 0.25%-10%, kripto bukan tumpuan dalam bagi kebanyakan pelabur, dan mereka tidak akan membuat perkara baru hanya untuk mendapat akses kepadanya. Mereka mahu ia mudah.”

Pomp, yang juga pengasas dan rakan kongsi di Morgan Creek Digital, berkata kemasukan pelabur institusi akan berlaku apabila Bitcoin ETF diluluskan atau apabila peraturan kripto menjadi lebih telus.

Kini, permohonan ETF VanEck dan Bitwise masih dalam semakan SEC. Penguatkuasa sekuriti Amerika Syarikat itu kemungkinan besar akan mengumumkan keputusannya ke atas permohonan Bitcoin ETF VanEck pada 27 Februari. Namun, dengan penutupan kerajaan oleh Presiden Trump, aktiviti SEC telah dihentikan buat sementara waktu. Bitwise percaya situasi politik itu akan membuatkan SEC melambatkan keputusannya.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/01/23/58-of-us-investors-would-invest-in-bitcoin-via-etf-major-hedge-fund/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.