Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Huawei Tandatangani Perjanjian Dengan Unit Penyelidikan Mata Wang Digital Bank Negara China

Syarikat telekomunikasi dan elektronik multinasional Huawei menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan bank pusat China, Bank Rakyat China (PBoC). Menurut kenyataan dari saluran WeChat Huawei pada 4 November, Timbalan Gabenor PBoC, Fan Yifei menghadiri majlis menandatangani perjanjian kerjasama penyelidikan fintech antara Huawei dan Institut Penyelidikan Mata Wang Digital PBoC di ibu pejabat Huawei di Shenzhen.

Pengumuman itu tidak menyebut maklumat mendalam mengenai perjanjian itu, atau sama ada ia merangkumi penyelidikan bersama teknologi blockchain atau mata wang digital. Huawei telah giat membangunkan keupayaan blockchainnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada April 2018, firma itu melancarkan platform “blockchain-as-a-service” berasaskan Hyperledger – Blockchain Service – satu bulan selepas pelancaran projek bersama Huawei dan Hyperledger bernama Caliper.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan China telah mengejar secara agresif dalam pembangunan dan inovasi blokchain di negara ini kerana ia ingin menjadi peneraju global dalam teknologi lejar teragih.

Rujukan:

https://mp.weixin.qq.com/s/J6Chc4bwYebvjZCnJbKN_g

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.