Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

6 Syarikat Blockchain Masuk ke dalam Senarai Fintech 50 2019 Forbes

 

Forbes, majalah perniagaan Amerika Syarikat terkemuka yang menerbitkan dua artikel setiap minggu tentang kewangan, industri, pelaburan dan pemasaran, telah menerbitkan Senarai Fintech 50 2019. Senarai tahun ini termasuk 6 syarikat berkaitan blockchain yang telah berkembang dan berterusan berinovasi, meskipun keadaan pasaran tidak memberangsangkan.

Antara syarikat blockchain yang berjaya masuk dalam senarai adalah Ripple, Coinbase dan Circle. 3 lagi syarikat fintech yang kurang popular adalah Gemini, Bitfury dan Axoni.

Kepada orang ramai, ia tidak mengejutkan apabila Ripple memasuki senarai Forbes itu, kerana syarikat blockchain yang beroperasi di Amerika Syarikat itu telah mencapai banyak perkara di tahun 2018. Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh IIB, Ripple cemerlang dalam pelbagai sektor termasuk fintech, teknologi blockchain, penggunaan dan kerjasama sepanjang tahun 2018.

Contohnya, rangkaian pembayaran global Ripple, RippleNet, berkhidmat untuk lebih dari 100 institusi kewangan dalam 40 negara. 2 daripada implementasi utama RippleNet adalah dengan Santander OnePay FX, dan CoinOne Transfer’s Cross yang menggunakan RippleNet untuk perkhidmatan pengiriman wang.

Walaupun keadaan pasaran kripto yang menurun, bursa pertukaran kripto Coinbase berjaya masuk ke dalam senarai Forbes. Coinbase boleh dikatakan syarikat paling bernilai dalam ekosistem matawang kripto, dengan penilaian sebanyak $8 bilion selepas pusingan dana sebanyak $300 juta.

Tambahan lagi, Coinbase telah melancarkan banyak produk baru, termasuk perdagangan kripto-ke-kripto, penyenaraian altcoin baru, sokongan untuk USD Coin Circe, Pengeluaran PayPal, perkhidmatan jagaan kripto, dan versi baru Earn.

Circle adalah syarikat berkaitan blockchain yang dikenali, disokong oleh Goldman Sachs, yang berkhidmat untuk 8 juta pelanggan dari 175 negara. Syarikat itu kini mempunyai 3 produk utama termasuk bursa pertukaran Poloniex, aplikasi pembayaran merentasi sempadan Circle Pay, dan perdagangan OTC Circle Trade.

Pada tahun 2018, pelanggan Circle secara kolektif membuat 200 juta transaksi yang bernilai $75 bilion, dan perdagangan OTC syarikat itu mendagangankan $24 bilion dalam Bitcoin dan altcoin. Jelas bahawa Circle adalah pemain besar dalam industri fintech dan layak dimasukkan dalam senarai Forbes itu.

Sumber:

https://www.investinblockchain.com/6-blockchain-companies-forbes-fintech-2019/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.