700% Peningkatan dalam Penggunaan Bitcoin di Seluruh Dunia, Menurut Survey Kapersky
Dalam 10% pengguna telah menggunakan Bitcoin atau matawang kripto lain untuk membayar pembelian barangan online, menurut firma keselamatan siber terkemuka, Kapersky Labs.
Secara signifikan, bilangan peniaga yang menerima pembayaran Bitcoin telah meningkat lebih 700% dalam masa 6 tahun – menurut pembekal perkhidmatan direktori Bitcoin, Coinmap. Walaupun matawang kripto masih belum mencapai penggunaan mainstream, peratusan global pengguna yang menggunakan Bitcoin dan aset digital lain bertambah secara konsisten. Sebanyak 13% populasi dunia (kebanyakannya di bandar) kini menggunakan matawang kripto untuk membayar barangan yang dibeli melalui laman web e-commerce, menurut survey Kapersky Labs.
Ditubuhkan di Moscow pada 1997, survey Kapersky Labs dijalankan dengan cara mengambil respon dari 13,000 pengguna yang berada di 22 negara. Keputusan survey itu mengesahkan bahawa matawang kripto kekal sebagai pembayaran paling tidak popular kerana 81% daripada pengguna yang menyertai survey itu berkata mereka lebih gemar mengguna kad debit atau kredit.
Walaupun harga aset digital telah jatuh dengan purata lebih 80% – selepas rekod all-time high di penghujung tahun 2017 dan awal 2018, satu peratusan kecil pengguna berdasarkan internet masih gemar menggunakan matawang kripto sebagai medium pembayaran. Peniaga online juga semakin banyak yang memperkenalkan kripto sebagai pilihan pembayaran.
Meskipun dengan Laporan dari institusi kewangan tradisional termasuk JPMorgan Chase, yang mendakwa peniaga besar tidak menggunakan pembayaran matawang kripto, aset digital digunakan oleh perniagaan seluruh dunia. Data dari Coinmap menunjukkan penerimaan Bitcoin bertambah sebanyak 702% sejak Disember 2013.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!