Default – Above Header Ads

90% Pekerja Di Binance Menerima Gaji Dalam Mata Wang Kripto BNB

 

Di Liechtenstein Cryptoassets Exchange (LCX), Ketua Pegawai Eksekutif Binance Changpeng Zhao memberitahu pengasas TechCrunch, Michael Arrington bahawa 90 peratus pekerja pertukaran menerima gaji mereka dalam BNB. BNB, yang juga dikenali sebagai Binance Coin, merupakan token Binance, bursa mata wang kripto terbesar di dunia. Binance mengeluarkan BNB pada 2017 untuk mendapatkan dana yang mencukupi untuk membiayai operasi dan pembangunan bursa dan sebagai balasannya, syarikat itu telah membeli kembali BNB dengan keuntungan yang dihasilkan oleh perniagaan.

Dalam satu perbincangan dengan Arrington, CZ mendedahkan bahawa 90 peratus pekerja di Binance memilih untuk dibayar dalam BNB atas sumbangan mereka kepada syarikat itu, menjadikan Binance sebagai salah satu dari beberapa perniagaan komersial dalam kripto yang membayar majoriti pekerjanya dalam kripto.

Di samping membayar pekerjanya yang lebih suka dibayar dalam kripto menggunakan BNB, pasukan Binance telah mengetuai pelbagai inisiatif termasuk pembangunan bursa terdesentralisasi dan accelerator projek blokchain untuk meningkatkan kelestarian ekosistem mata wang kripto global.

Sumber:

90% of Employees at Major Crypto Exchange Binance Receive Salary in BNB

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.