Default – Above Header Ads

Abu Dhabi Global Market Selesaikan Fasa Pertama Projek KYC Blockchain

 

Zon bebas kewangan antarabangsa di ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menyempurnakan fasa pertama projek utiliti Know-Your-Customer (KYC) yang berasaskan blockchain. Badan pengawalseliaan Abu Dhabi Global Market (ADGM), Lembaga Pengawalseliaan Perkhidmatan Kewangan (FSRA) bersama dengan firma audit “Big Four” KPMG telah menerbitkan kajian mengenai kejayaan fasa pertama projek untuk menyediakan maklumat penting bagi ahli-ahli industri kewangan.

Kajian FSRA terhadap sistem KYC warisan mencirikan mereka sebagai “rumit, berulang dan kos intensif,” menjadikan sistem perkongsian maklumat institusi kewangan tidak cekap, seterusnya menghalang pemantauan KYC dan pemantauan anti-pengubahan wang haram (AML). Sistem berasaskan blokchain didapati “secara radikal memudahcarakan” proses KYC dengan menyediakan “jejak audit, perkongsian data yang lancar dan selamat,” yang boleh membolehkan pelanggan individu menentukan bagaimana data peribadi mereka dikongsi, di samping mematuhi undang-undang perlindungan data.

Berdasarkan kajian ini, penggunaan teknologi kriptografi dan tandatangan digital, antara ciri-ciri lain, boleh menyumbang kepada sistem yang selamat, bersatu dan mudah untuk meneguhkan sistem piawaian KYC yang mantap di seluruh industri.

Sumber:

https://www.adgm.com/mediacentre/press-releases/adgm-successfully-concludes-1st-industry-e-kyc-utility-project-with-uae-financial-institutions/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.