Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ada Orang Menyamar Sebagai Platform Bitcoin Futures Bakkt untuk Mengutip Wang

 

Ada orang yang menyamar sebagai platform perdagangan Bitcoin Futures, Bakkt, dalam cubaan untuk menipu orang lain daripada Bitcoin mereka.

Pada malam Rabu, kumpulan berita CoinDesk menerima satu emel (tajuk: “Berita Bakkt!”) mendakwa bahawa platform itu dijadualkan untuk dilancarkan pada 12 Mac. Emel itu, yang dihantar dari alamat gmail dan dikarang dalam Bahasa Inggeris yang tidak fasih, menyatakan bahawa Bakkt sedang mencari untuk mengutip dana sebanyak $50 juta dalam pusingan kedua kutipan dana dan membawa pembaca ke laman web, bakktplatform.io.

Di situ, pelabur dijemput untuk mendaftar dengan memasukkan nama dan alamat emel mereka. Selepas melalui proses ini, pelawat akan mendapat alamat bitcoin untuk menghantar wang mereka dan diminta untuk memberi alamat mereka sendiri untuk mendapatkan “untung” dari pelaburan itu.

Setakat pagi Khamis, tiada dana yang dihantar ke wallet itu.

Laman web itu (yang didaftarkan baru seminggu yang lalu melalui WhoisGuard, perkhidmatan domain yang merahsiakan pemilik di Panama, menurut pencarian WHOIS) adalah palsu.

Jurucakap Bagi Intercontinental Exchange (ICE), syarikat induk Bakkt, memberitahu CoinDesk: “ia bukan laman web Bakkt dan kami tidak akan berkomunikasi dengan cara itu.”

Tambahan lagi, dakwaan emel itu tentang Bakkt tidak boleh dipercayai.

Bakkt tidak mempunyai tarikh rasmi pelancaran buat masa sekarang.

Platform itu masih lagi menunggu kelulusan penguatkuasa untuk mula menyenaraikan produk futures, dan Commodity Futures Trading Commission (CFTC) masih jauh dari keputusan itu. CFTC masih bellum terbitkan kertas cadangan Bakkt untuk komen. Apabila kertas cadangan itu diterbitkan, orang awam akan mempunyai 30 hari untuk memberi maklum balas. Selepas itu, CFTC akan mengambil beberapa hari untuk menilai maklum balas sebelum mengundi untuk meluluskan atau menolak cadangan itu.

Oleh sebab itu, tarikh pelancaran pada 12 Mac tidak begitu realistik.

Apa yang lebih tidak realistik adalah pengumuman emel itu tentang pusingan kutipan dana kedua.

Bakkt telahpun mengutip sebanyak $182.5 juta pada penghujung tahun 2018. Dan ia tidak masuk akal untuk membayangkan platform institusi yang dikawal selia ingin mengutip dana dari orang awam melalui laman web, meminta hanya nama dan alamat emel untuk melabur.

“Kami di tahap penyempurnaan ujian Blockchain di atas platform kami, Ujian kami menunjukkan hasil yang baik untuk tahap efisyen dan Pengeluaran menggunakan teknologi Blockchain berbanding Fiat,” laman web Bakkt palsu itu menerangkan, “Di masa hadapan kami merancang untuk mencipta bursa pertukaran kelas institusi yang dikawal selia yang pertama dalam industri yang sedang membangun dan banyak lagi [sic].”

Jika itu tidak cukup meyakinkan, laman web itu menjanjikan pelabur pulangan dalam masa tiga hari pelancaran platform itu. Mungkin untuk menggalakkan FOMO, platform itu berkata ia akan menutup pusingan kutipan dana itu pada 25 Februari, melainkan ia mencapai sasaran sebelum itu.

Secara serius, tolong jangan hantar dana kepada platform ini. Pelabur yang berbuat begitu tidak akan melihat Bitcoin mereka kembali.

Sumber:

https://www.coindesk.com/someone-is-impersonating-bitcoin-futures-platfom-bakkt-to-raise-money

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.