Default – Above Header Ads

Adakah Misteri Terbesar Bitcoin Bakal Didedahkan?

Bitcoin mempunyai banyak misteri; bagaimana ia betul-betul berfungsi adalah antara satu misteri yang pengguna mungkin tidak akan faham selama-lamanya. Tetapi setakat ini, misteri paling lama dan paling menarik adalah identiti pencipta Bitcoin, Satoshi Nakamoto. Dan kini laman web GotSatoshi dan Twitter menjanjikan pendedahan langsung pada 15:50 GMT pada 14 Mei. Jadi tidak lama untuk menunggu misteri terungkai.

Okay, jadi laman web itu hanya menyiarkan soalan “Di mana Satoshi?” dengan countdown dan pendaftaran senarai emel. Tetapi akaun Twitter itu kononnya ditulis oleh Satoshi sendiri.

Terdapat ruangan yang menggambarkan seorang “Pencipta, pembangun, ahli masa depan. Penyokong kripto dan blockchain (Inventor, developer, futurist. Cryptoenthusiast and blockchain evangelist).” Seperti yang dijangka. Ia berterusan menyatakan “Bukan Craig Wright.” Juga seperti yang dijangka. GotSatoshi memberi tanda-tanda dia “mungkin kenal @officialmcafee,” yang menyokong kenyataan McAfee yang kononnya mengenali Satoshi, dan mencabar kita semua untuk “Mendedahkan saya jika boleh.”

Jika boleh? Bukankah Satoshi yang akan membuat pendedahan?

Nampaknya GotSatoshi tidak mempunyai banyak untuk bercakap tentang dirinya. Tweet pertama menyebut #ageofthegeek, merujuk kepada filem Avengers, Game of Thrones dan kapital pasaran BTC. Beberapa hari kemudian, GotSatoshi menemui satu ‘petikan inspirasi’, berkenaan kepercayaannya dalam ‘visi kuat’ iaitu Bitcoin.

Terdapat tweet yang mengatakan bahawa pelombong Bitcoin Cash yang memasukkan ‘Satoshi Nakamoto’ ke dalam blok adalah palsu. ‘Kenapa lombong BCH, jika anda memiliki lebih 900k BTC?’ GotSatoshi berhujah, menambah bahawa merendahkan matawang adalah sesuatu yang dia serahkan kepada bank besar.

Oh, dan GotSatoshi nampaknya membaca Harry Potter; merujuk kepada alamat yang dikongsi (HutOnTheRock, The Sea) yang muncul apabila mendaftar kepada senarai emel itu.

Dan itulah sahaja…dalam hampir dua minggu. Ia sudah disitu selama seminggu lebih sebelum sesiapa menyedarinya.

Terdapat beberapa orang yang mencadangkan ini adalah PR untuk Consensus 2019. Walalupun countdown itu akan berakhir waktu tengah hari hari kedua konferens itu (dan sepuluh minit sebelum tengah hari di New York nampak lebih penting daripada 15:50 GMT), jangkaannya adalah lebih kandungan untuk suatu kempen PR yang telah dirancang.

Adakah mungkin ianya Satoshi? Jika ya, kita akan mengetahui kebenarannya pada Selasa 14 Mei, ataupun dijual satu lagi dummy, untuk melindungi identiti sebenarnya? Ataupun ia hanya Craig Wright, yang sekali lagi menjadi troll Satoshi Nakamoto.

Sumber:

https://bitcoinist.com/bitcoin-biggest-mystery-soon-satoshi/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.