Default – Above Header Ads

Agensi Angkasa Eropah Menyokong Projek Satelit Blockchain

Startup blockchain SpaceChain telah memenangin geran bernilai 60,000 euro dari Agensi Angkasa Eropah (ESA) untuk menyiasat use case bagi sistem wallet blockchain berdasarkan satelit.

Diumumkan hari ini oleh syarikat itu, geran oleh dana “kick-start activities” dana akan membantu usaha SpaceChain untuk meletakkan rangkaian satelit teragih, multisig, dan sangat selamat dalam orbit. Syarikat itu sudahpun menguji nod blockchain di angkasa.

Teknologi itu menggunakan sistem tiga tandatangan, dengan dua tandatangan di darat dan ketiga di orbit, di atas satelit. Setiap transaksi memerlukan sekurang-kurangnya dua daripada tiga tandatangan untuk diselesaikan.

Zee Zheng, pengasas bersama dan CEO SpaceChain memberitahu CoinDesk bahawa nod berdasarkan satelitnya lebih selamat dari pemprosesan rangkaian terrestrial di Internet terbuka dengan data dan protokol yang berhubung secara langsung kepada satelit.

“Kami tidak memerlukan akses internet untuk menjalankan transaksi jenis ini,” menurut Zheng, “yang membuang banyak risiko untuk penggodaman.”

“Kami kini melihat kepada pasaran yang pada tahun lalu telah melihat kecurian kripto sebanyak $1 bilion. Ia akan menjadi lebih sukar untuk penggodam [di sistem kami],” tambahnya.

Zheng menganggap gerannya dari ESA suatu peluang untuk komuniti kripto mempelajari lebih mendalam tentang aplikasi angkasa blockchain. Dia menyatakan minat pembangun dari segi kelebihan keselamatan.

“Kami ingin menggunakan peluang ini untuk mempamerkan bagaimana angkasa lepas boleh memberi kebaikan kepada ruangan blockchain,” menurut Zheng. Dia menambah bahawa SpaceChain merancang untuk melancarkan tiga kali dalam masa 18 bulan akan datang.

Sumber:

https://www.coindesk.com/european-space-agency-backs-blockchain-satellite-project

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.