Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Agensi Pendapatan Kanada Audit Pulangan Cukai Korporat QuadrigaCX

Agensi Pendapatan Kanada (CRA), penguatkuasa cukai negara itu, sedang mengaudit pulangan cukai korporat yang difailkan oleh QuadrigaCX, bursa pertukaran kripto Kanada yang sudah ditutup itu.

Menurut kepada artikel oleh Globe and Mail pada 16 September, Quadriga CX kini diaudit oleh CRA yang telah meminta pulangan cukai dari 1 Oktober 2015 hingga 30 September 2018.

Bursa pertukaran kripto Kanada itu telah menjadi tajuk berita utama sejak CEO Gerald Cotten diisytiharkan mati di India tanpa mendedahkan kata laluan untuk akses simpanan matawang kripto syarikat itu.

Pemegang amanah bankrap EY, yang memantau prosiding insolvensi bursa pertukaran itu, berkata bahawa permintaan CRA untuk dokument dan maklumat itu signifikan, menyatakan:

“Pemegang Amanah akan membincangkan permintaan untuk maklumat dengan CRA Audit dan kounsel mereka dan akan kembali ke Mahkamah untuk arahan seterusnya, jika perlu.”

Pemegang amanah itu menambah bahawa membalas semua permintaan untuk maklumat dari pelbagai agensi penguatkuasa akan mempunyai impak langsung ke atas berapa banyak simpanan yang ada untuk membayar 115,000 kreditor QuadrigaCX. Namun begiut, EY mengakui bahawa tiada basis undang-undang untuk ia menolak untuk membalas permintaaan tersebut dan menambah:

“Pemegang amanah fokus kepada menjalankan pengumpulan dokumen, organisasi, penilaian semua dan usaha pengeluaran dalam cara yang paling menjimatkan kos […] Ia tidak dijangka bahawa Pemegang Amanah dakan boleh membalas permintaan CRA Audit pada waktu ini.”

Sejak tahun lalu, bursa pertukaran itu terlibat dalam kes mahkamah yang berlarutan sementara kreditor bursa pertukaran itu, yang beberapa orang telah membuat spekulasi tentang nasib matawang kripto yang hilang itu, dengan ramai yang tertanya-tanya sama ada Cotten betul-betul telah mati.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/canada-revenue-agency-audits-quadrigacxs-corporate-tax-returns

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads