Default – Above Header Ads

Agensi Standard Makanan UK Selesaikan Projek Perintis Blockchain untuk Rantaian Bekalan Makanan

 

Pengawal selia makanan UK, Food Standard Agency (FSA) telah berjaya menyelesaikan projek perintis menggunakan teknologi blockchain menurut pengumuman yang diterbitkan pada 2 Julai. Ini dilaporkan sebagai blokchain pertama kali digunakan sebagai alat pengawalseliaan untuk memastikan pematuhan di sektor makanan.

Projek perintis ini dilaksanakan di rumah sembelih lembu, di mana kedua-dua FSA dan rumah sembelihnya diberi kuasa untuk mengakses data untuk meningkatkan ketelusan dalam rantaian bekalan makanan. Pada bulan Julai, agensi itu sedang mencari untuk melancarkan projek perintis lain, yang akan membolehkan petani mengakses data tentang haiwan dari ladang mereka.

Pada masa akan datang, FSA menyatakan bahawa mereka akan cuba meniru program ini di kilang lain. Agensi itu berkata untuk blockchain dilaksanakan secara kekal, ia mestilah inisiatif yang dipimpin industri, kerana model data semasa hanya digunakan untuk pengumpulan dan komunikasi hasil pemeriksaan.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/uk-food-standard-agency-completes-blockchain-pilot-for-food-supply-chain

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads