Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ahli Ekonomi BIS Mencadangkan Pemantauan Pasaran Kewangan Berdasarkan DLT

Seorang ahli ekonomi untuk Bank for International Settlements (BIS) telah mencadangkan cara-cara baru untuk memantau risiko kewangan melalui teknologi lejar teragih (DLT).

Dalam kertas kerja yang dikeluarkan baru-baru ini, ahli ekonomi Raphael Auer mengutarakan cadangan untuk pemantauan embedded, yang akan secara otomatik memantau pasaran tokenisasi. Ini didakwa akan membuang keperluan untuk pengumpulan, pengesahan dan penghantaran data berkaitan syarikat.

Menurut laporan itu, DLT dan smart contract boleh membantu pembangunan pasaran kewangan melalui bentuk baru ketelusan dan kredibiliti dara, dan akhirnya mengetepikan pengesahan data berdasarkan pengantara. Untuk mencapai matlamat ini, pemantauan embedded bertujuan untuk menggunakan machine learning atau AI, bergantung kepada mekanisme yang menggalakkan kepercayaan pasaran desentralisasi untuk tujuan pengawal seliaan. Kertas kerja itu menerangkan:

“Jika pasaran berdasarkan DLT terus membangun, ia akan mengubah cara aset didagangkan dan bagaimana mereka dipakej ke dalam produk kewangan kompleks. Memandangkan maklumat di dalam blockchain disahkan oleh konsensus ekonomi yang desentralisasi, ia boleh menggantikan proses sedia ada untuk penghantaran data dan pengesahan.”

Auer berkata untuk pengawal selia dan penggubal undang-undang, ianya perlu untuk menubuhkan rangka kerja auxiliary yang mentadbir pasaran teragih dan infrastruktur mereka, di mana DLT akan memastikan pematuhan berkualiti tinggi pada kos yang lebih rendah.

“Pemantauan embedded boleh membantu lebih untuk mengekalkan kerahsiaan firma dan pelanggan mereka, memandangkan peralatan kriptografik boleh digunakan untuk melaporkan pendedahan kewangan agregat institusi kepada penyelia tanpa perlu mendedahkan transaksi individu,” kertas kerja itu menyimpulkan.

Awal tahun ini, BIS menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 40 bank pusat di seluruh dunia sedang menjalankan projek penyelidikan dan pilot dengan teknologi blockchain yang bertujuan untuk menyelesaikan isu seperti inklusi kewangan, tahap efisyen pembayaran dan keselamatan siber.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bis-economist-proposes-dlt-based-financial-market-monitoring

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads