Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ahli Ekonomi ING: Dolar AS Mungkin Tidak Akan Terus Berkuasa Jika Tidak Menjadi Wang Digital Global

Memandangkan berbilang negara dan entiti menilai potensi kekuasaan mata wang digital bank pusat, matawang fizikal dolar Amerika Syarikat masih berada di tempat tertinggin dari segi penggunaan – tetapi untuk berapa lama? “Dolar adalah mata wang dominan hari ini,” kata ahli ekonomi ING, Carlo Cocuzzo dalam satu sesi perbincangan panel di London Blockchain Week. Cocuzzo menambah bahawa “90% daripada perolehan forex adalah dalam dolar, jadi A.S. berisiko tinggi untuk kalah dalam revolusi matawang digital.”

Sepanjang tahun lepas, pelbagai entiti dan kerajaan telah menyatakan minat terhadap penerbitan mata wang digital. Facebook memasuki ke gelanggang matawang digital pada bulan Jun 2019 dengan pembebasan kertas putih untuk Libra, stabilcoin yang akan disokong oleh beberapa mata wang dan produk kewangan. Mengenai pihak kerajaan, China telah dijadikan tajuk utama berkenaan penyelidikan mengenai Digital Yuan, mata wang digital bank pusat atau CBDC, untuk negara.

Libra khususnya telah menjadi subjek pelbagai kebimbangan dari badan pemerintah sejak Facebook mengeluarkan rancangannya. “Itu satu sudut di mana segala sesuatu boleh menjadi rumit dari perspektif dolar,” kata Cocuzzo, merujuk kepada penyebutan Facebook tentang pengiriman wang berkaitan dengan Libra. Cocuzzo juga mempersoalkan senario di mana rakyat boleh menggunakan mata wang bukan tempatan sebagai pembayaran. “China boleh memberi akses kepada pelanggan asing untuk mengakses yuan digital,” katanya, sambil menambah: “Bagaimana ia akan menjejaskan dolar dalam pasaran Forex? Akan ada kesan dan saya tidak fikir bank pusat A.S. akan menunggu dan melihat sahaja.”

Sejak penciptaan Bitcoin lebih daripada 10 tahun lalu, aset dan teknologi asasnya telah menunjukkan jalan baru transaksi dunia kewangan berasaskan kelajuan dan keselamatan. Memandangkan negara dan syarikat besar meneroka teknologi, badan pentadbiran perlu menyesuaikan diri dengan sistem baru yang datang dengan perubahan tersebut.

Rujukan:

https://cointelegraph.com/news/the-us-dollar-could-fall-out-of-favor-if-it-doesnt-go-digital-ing-economist-says

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads