Default – Above Header Ads

Akhirnya Bitcoin Mendapat ‘A’ Dari Weiss Ratings

Di laman web kripto Weiss, Bitcoin kini memegang kedudukan teratas dengan gred A-. Gred terbaru ini menandakan markah tertinggi BTC dalam penarafan itu.

Untuk beberapa iterasi pertama penarafan itu, Bitcoin kekal di luar tangga sepuluh teras dengan agensi itu menetapkan gred C+ pada bulan Januari 2018.

Hanya sebulan yang lalu Bitcoin beralih dari gred B- ke B dalam log yang disedikan oleh agensi penarafan persendirian itu. Dalam surat dari Martin D. Weiss, pengasas Weiss Ratings, menyatakan bahawa:

“Selepas jatuh ke tangga terakhir pada bulan Disember, nilai Bitcoin meningkat empat kali ganda dalam masa kurang daripada 190 hari. Dan pada hari ini, ganjaran yang diperoleh pelabur lebih daripada risiko. Teknologinya telah dinaik taraf. Rangkaiannya kembali kepada normal.”

Kenaikan Bitcoin ke tangga teratas dalam penarafan Weiss adalah dalam pelbagai cara melambangkan naik taraf yang dijalani oleh teknologi itu sendiri.

Naik taraf seperti SegWit dan pengumpulan transaksi telah membantu dalam mengurangkan kesesakan dalam blockchain itu. Sejak permulaan tahun ini, Weiss Ratings juga telah mengeluarkan kenyataan positif tentang BTC. Pada bulan Januari 2019, agensi penarafan itu menjangka kripto terbesar dunia itu akan mengalami penggunaan meluas. Menjelang penghujung Q1 2019, Weiss Rating menaikkan ante dengan mengisytiharkan bahawa BTC mempunyai kedudukan terbaik untuk menjadi tempat penyimpanan nilai popular.

Keterangan tentang penarafan BTC kali ini melihat gred teknologi/penggunaan dan risiko/ganjaran pada ‘A’ dan ‘B’. Gred-gred ini meletakkan Bitcoin sebagai matawang kripto paling teknikal dan mempunyai asas paling unggul antara semua matawang kripto.

Sumber:

https://bitcoinist.com/bitcoin-finally-gets-an-a-from-weiss-ratings/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.