Default – Above Header Ads

Amazon ingin Membina Pengiklanan berdasarkan Blockchain

Amazon sedang mencari jurutera pembangunan software untuk membangun Blockchain untuk pengiklanan.

Amazon menerbitkan tawaran kerja itu di Linkedin untuk pasukan Colorado. Gergasi online retail itu ingin mengembangkan perniagaan pengiklanannya dengan mengambil kesempatan ke atas pengkalan data online, perkhidmatan cloud, dan budaya startup yang pantas berkembang. Tawaran itu menggambarkan:

“Kumpulan baru kami di Boulder, CO sedang mencari Jurutera Software untuk berkerja dalam kumpulan Advertising FinTech kami yang fokus kepada lejar Blockchain, sistem bil dan reconciliation untuk membekalkan ketelusan data ke atas data kewangan transnasional.”

Peranan jurutera yang terpilih termasuk analisis, reka bentuk, implementasi dan pelancaran komponen asas, komunikasi dengan jurutera dan juga pengurus program. Jawatan itu juga akan bertanggungjawab memberi sokongan operasi dan penyenggaraan sistem.

Tambahan lagi, jurutera itu juga akan “mendapat peluang untuk mendefinisikan roadmap teknikal dan seni bina sistem tersebut.” Syarikat itu menyatakan bahawa ia mencari calon dengan pengalaman dalam pengiklanan, teknologi kewangan dan Blockchain.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan Mei, Amazon telah dianugerahkan paten untuk penjanaan Merkle trees sebagai penyelesaian algoritma PoW. Namun begitu, perancangan rasmi syarikat itu masih tidak diketahui.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/amazon-wants-to-build-a-blockchain-for-ads-new-job-listing-shows

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.