Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Anak Syarikat Overstock Bekerjasama Dengan Kerajaan Zambia Dalam Usaha Pendaftaran Tanah Berasaskan Teknologi Blockchain

 

Zambia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan anak syarikat Overstock untuk tujuan pendaftaran tanah di blockchain. Di bawah perjanjian ini, Overstock’s Medici Land Governance (MLG) akan bekerjasama dengan kerajaan Zambia untuk membaikpulih pemilikan tanah, membenarkan pemilik tanah luar bandar untuk mengesahkan ladang mereka dan mendapatkan akses kepada dunia kewangan.

“Tanpa pemilikan formal, individu berjuang untuk mendapatkan akses kepada kredit dan perkhidmatan awam, sementara kerajaan terbatas dalam kemampuan mereka untuk mengutip cukai, menguatkuasakan hak-hak harta, dan merancang untuk pengembangan dan inovasi ekonomi,” menurut kenyaatn sambal meneruskan: “Menggunakan teknologi blockchain dan teknologi lain, Medici Land Governance […] akan mewujudkan sistem untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat pemilikan harta secara mudah.”

Projek pendaftaran tanah menggunakan blokchain telah dijalankan di seluruh dunia selama beberapa tahun, teknologi ini menawarkan penyelesaian kepada rekod kertas yang tidak tersusun dan dakwaan yang tidak boleh dipercayai.

Sumber:

https://globenewswire.com/news-release/2018/07/31/1544696/0/en/Overstock-com-Subsidiary-Medici-Land-Governance-Signs-MOU-with-Zambian-Ministry-of-Land-and-Natural-Resources-to-Build-Blockchain-Land-Titling-Program.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.