Default – Above Header Ads

Analisa alamat aktif: Bitcoin, XRP, Dash, dan Dogecoin Melihat Perkembangan Besar

Perbandingan terkini dari Coinmetrics menunjukkan bahawa Bitcoin, Dogecoin, Dash dan Ripple telah mengalami kenaikan signifikan dalam jumlah alamat aktif. Walaupun semua coin telah mengekalkan prestasi yang baik tahun ini, coin seperti NEO telah mengalami kejatuhan sebanyak 70 peratus.

Mendapatkan gambaran yang jelas tentang pasaran kripto adalah tugas yang mencabar, kerana terdapat berpuluh ribu pemboleh ubah untuk dipertimbangkan. Permodalan pasaran telah lama dianggap sebagai cara terbaik untuk mengukur populariti sesuatu matawang kripto dan mendapatkan idea yang jelas ke mana hala tuju pasaran.

Namun begitu, melihat kepada titik data yang lain boleh menambah maklumat kepada permodalan pasaran. Contohnya, menurut LongHash, salah satu cara terbaik mengukur populariti coin adalah mempertimbangkan jumlah alamat wallet yang aktif dalam blockchain.

Alamat yang aktif, bermakna mereka yang berurusan dalam transaksi kripto dalam 24 jam yang lalu, adalah metrik yang lebih baik daripada hanya bilangan alamat, kerana ia menunjukkan kadar penggunaan sesuatu coin.

Ceterus Paribus, akaun Twitter yang dikenali yang fokus kepada analisa kripto, membandingkan bilangan alamat aktif Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Dogecoin, Bitcoin Cash, Dash, NEO dan XRP.

Tweet itu membandingkan purata 30 hari jumlah alamat aktif untuk Setiap coin ini dari 14 Mei 2018 ke 14 Mei 2019.

Menurut data yang dikumpul oleh Coinmetrics, Bitcoin mempunyai 633,000 alamat aktif tahun lalu, diikuti 366,000 alamat Ethereum. Litecoin muncul di tempat ketiga dengan 115,000, sementara Dogecoin dan Bitcoin Cash adalah 71,000 dan 52,000.

Dash, salah satu coin yang paling banyak digunakan di negara yang disekat seperti Venezuela, mempunyai purata 30 hari sebanyak 46,000 alamat, sementara Neo pula adalah 11,000. Ripple pula di tempat terakhir dengan hanya 6,000 alamat aktif.

Maju ke hadapan ke 14 Mei 2019, Bitcoin masih lagi di hadapan dengan kenaikan 20 peratus dalam bilangan alamat aktif dalam rangkaiannya. Ethereum pula turun sebanyak 29 peratus dengan 259,000 alamat.

Litecoin jatuh 40 peratus dan hanya mempunyai 69,000 alamat aktif sementara Dogecoin dan Ripple mengalami kenaikan sebanyak 27 dan 38 peratus.

NEO, rangkaian blockchain yang digelar “Chinese Ethereum”, melihat kehilangan paling besar dengan alamat aktif jattuh 70 peratus kepada hanya 3,000 sahaja.

Matawang kripto dengan paling banyak aktiviti adalah Dash, yang melihat kenaikan penggunaan signifikan di Venezuela, di mana sekatan dan inflasi menolak orang ramai untuk menggunakan Dash. Rangkaian itu melihat kenaikan sebanyak 58 peratus dalam alamat aktif naik daripada 46,000 ke 74,000 dalam masa setahun sahaja.

Sumber:

https://cryptoslate.com/analysis-of-active-addresses-bitcoin-xrp-dash-and-dogecoin-see-major-growth/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.