Andreessen Horowitz Membuang Status Venture Capital
Dalam peristiwa yang menarik, Andreessen Horowitz telah mendaftarkan semua pekerjanya sebagai penasihat kewangan berkelayakan, membuang status sebagai firma venture capital untuk meneroka pilihan lain, seperti yang dilaporkan pada 2 April.
Dunia perniagaan sentiasa berubah dan kerana itu, firma dalamnya juga berubah dengan cepat, sama ada dengan melancarkan produk dan perkhidmatan baru atau meneroka pasaran baru dan mencari peluang baru.
Satu perniagaan yang menjalani perubahan yang besar adalah Andreessen Horowitz, yang dilaporkan pada 2 April, telah melalui penstrukturan semula yang signifikan. Sebagai sebahagian daripada usaha penstrukturan semula itu, semua pekerja syarikat itu telah didaftarkan sebagai penasihat kewangan yang berkelayakan.
Sebelum ini, syarikat itu dikenali sebagai firma venture capital dan telah mengutip lebih $1.7 bilion dalam tujuh dana, hampir semua yang dilabur dalam perkhidmatan teknologi dan kewangan seperti Lyft. Dengan langkah ini, mereka meninggalkan reputasi mereka sebelum ini dan memulakan yang baru dan nampaknya ia ada kaitan dengan kripto.
Our firm (@a16z) has filed an application to register as an investment adviser (still pending). But that doesn’t mean our jobs change. We are and will remain a VC firm. 1/3
— Jeff Jordan (@jeff_jordan) April 3, 2019
Dari semua indikasi, sebab untuk penstrukturan semula ini adalah untuk membolehkan firma itu pergi kepada perjanjian perniagaan yang lain di industri lain, termasuk yang dianggap berisiko.
“Jika firma itu ingin meletakkan $1 bilion dalam matawang kripto atau token, atau membeli saham yang tidak terhad dalam syarikat awam atau dari pelabur lain, ia boleh. Dan dengan berbuat begitu, pemikiran kebiasaan adalah, ia sekali lagi menyebabkan firma lain merasa mereka mempunyai satu tangan yang diikat di belakang.”
Walaupun langkah ini datang dengan kebebasan, akan terdapat sedikit pengorbanan. Contohnya, kerana mereka bukan lagi firma venture capital, pelabur mereka tidak boleh bercakap secara awam tentang prestasi portfolio mereka. Tambahan lagi, setiap pekerja akan di audit secara berkala.
Sumber:
https://btcmanager.com/andreessen-horowitz-gives-venture-capital-status/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!