Default – Above Header Ads

Aplikasi Perdagangan Kripto Robinhood Dilancarkan di UK Berikutan Kelulusan FCA

Subsidiari kepada aplikasi perdagangan kripto dan saham beroperasi di Amerika Syarikat telah diluluskan untuk beroperasi sebagai broker di United Kingdom.

Robinhood International, subsidiari Robinhood telah menerima kelulusan dari penguatkuasa British utama, Financial Conduct Authority (FCA), menurut terbitan blog pada 7 Ogos.

Kelulusan FCA akan membenarkan firma untuk membawa platform pelaburan kepada pengguna British, Robinhood berkata dalam laporan, menambah bahawa langkah itu akan menjadi langkah kritikal untuk mendemokrasi kewangan untuk semua. Menurut penerbitan itu, pasukan Robinhood di London sudahpun berkembang, dan syarikat itu kini mengambil pekerja dalam bidang operasi, pematuhan, penyelidikan pengguna dan pemasaran.

Robinhood juga melantik ketua perbendaharaan di perkhidmatan pemindahan wang TransferWise Wander Rutgers sebagai Presiden Robinhood International. Rutgers, yang paling terbaru berkhidmat di firma pembantu simpanan peribadi Plum Fintech, akan mengetuai perniagaan UK dan memantau pejabat baru Robinhood di London, menurut terbitan blog itu.

Robinhood menawarkan perdagangan matawang kripto bebas komisyen. Pada bulan Februari 2018, aplikasi perdagangan mobile Robinhood melancarkan perdagangan Bitcoin dan Ether bebas yuran untuk kumpulan pertama pengguna di AS. Pada awal tahun ini, Robinhood menerima BitLicense untuk menawarkan perkhidmatan berkaitan kripto di New York dari New York State Department of Financial Services.

Robinhood Financial mendaftar dengan SEC, dan adalah ahli Financial Industry Regulatory Authority dan juga ahli Securities Investor Protection Corporation.

Bulan yang lalu, FCA mengeluarkan kenyataan polisi tentang matawang kripto yang mengatakan bahawa agensi tidak akan mengawal selia Bitcoin sebagai sebahagian daripada panduan aset kripto.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/crypto-trading-app-robinhood-launching-in-uk-following-fca-approval

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.