Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Aplikasi Permainan Sosial Korea Selatan Melancarkan Platform Berasaskan Teknologi Blockchain

 

Syarikat di sebalik aplikasi permainan sosial utama Korea Selatan, GameTalkTalk telah melancarkan projek blockchain untuk pemain. Platform baru ini merangkumi DApp media sosial berasaskan ganjaran, platform permainan “peer-to-peer” untuk pencarian jodoh dan pertukaran item digital.

Vinetree Corporation, syarikat di sebalik GameTalkTalk, mengumumkan Protokol Ludena pada 20 April, dengan mengatakan bahawa, pada suku kedua 2020, pengguna di seluruh dunia akan menerima aset digital dalaman aplikasi – dikenali sebagai “stars” – untuk menyelesaikan misi dan memuat turun permainan baru.

‘Stars” boleh digunakan untuk membeli barang seperti kad hadiah, barang dalam permainan dan produk nyata, atau ditukar ke token asli aplikasi, LDN, yang mesti digunakan oleh penerbit permainan untuk mengakses komuniti untuk tujuan pemasaran.

Aplikasi ini akan mengumpulkan maklumat tingkah laku pengguna seperti pengalaman permainan mudah alih mereka, wang yang dibelanjakan dalam permainan yang dimuat turun dan kekerapan permainan, yang kemudiannya akan digunakan untuk memadankan syarikat permainan dengan pemain.

Minat dalam teknologi blockchain dari penerbit permainan global semakin meningkat, terutama permainan berasaskan blockchain telah mencatat peningkatan jumlah pengguna yang ketara kerana pandemik COVID-19 yang sedang berlangsung.

Rujukan:

https://www.prnewswire.com/news-releases/vinetree-corp-announces-the-launch-of-rewards-based-gaming-platform-ludena-protocol-301043971.html

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads