Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Aplikasi Ride-Hailing Berdasarkan Blockchain di Lancarkan di Vietnam

 

Pada 21 Januari, aplikasi ride-hailing berdasarkan blockchain Tada melancarkan operasi di Vietnam selepas Perkembangan ke dalam Cambodia.

Tada, aplikasi ride-hailing berdasarkan Blockchain telah melihat Perkembangan yang besar baru-baru ini. Mereka mula-mula dilancarkan di Cambodia pada tahun 2018, dan kini, ia telah dilancarkan di Vietnam.

Syarikat itu beroperasi di Singapura dan syarikat induknya, startup Mass Vehicle Ledger (MVL) di Korea Selatan, masuk ke dalam pasaran Asia Tenggara ketiganya dengan pelancaran terbaru ini.

Syarikat induk itu sebelum ini menyatakan bahawa selepas pelancaran mereka di Cambodia, sasaran seterusnya adalah Vietnam dan Malaysia. Mereka juga mempunyai perancangan untuk membawa masuk pemandu tuk-tuk Cambodia ke dalam operasi mereka menjelang Februari 2019.

Perkembangan cepat syarikat itu selepas menemui kejayaan di Asia adalah dalam jangkaan kerana pasaran Asia mempunyai populasi pembelian yang besar dan aplikasi ride-hailing agak popular.

Namun begitu, tidak seperti aplikasi ride-hailing lain, Tada menggunakan blockchain yang membawa satu lagi lapisan yang efisyen ke dalam sistem mereka. Maklumat yang disimpan lebih tepat dan Ianya lebih selamat.

Untuk pengguna, ini bermakna masa ketibaan dikira dengan lebih tepat dan jalan terbaik boleh dikenal pasti dengan serta-merta.

Untuk pemandu, tiada komisyen dikutip apabila penumpang membayar menggunakan kad debit atau kredit dan mereka juga mempunyai peluang untuk mendapatkan token MVL apabila menerima maklum balas positif dari penumpang.

Apabila syarikat itu dilancarkan di 2018, terdapat penekanan yang kuat ke atas piilihan untuk kedua-dua penumpang dan pemandu. Pemandu yang menggunakan Tada juga dibenarkan mengguna aplikasi ride-hailing lain.

“Kami tidak bertujuan untuk membuat perjanjian eksklusif dengan pemandu. Itu bukan filosofi kami. Mereka berhak mendapat pilihan,” Pengasa MVL, Kay Woo berkata.

Kini, Tada mempunyai lebih 27,000 pemandu dan 200,000 penumpang di Singapura sahaja, dan angka ini pasti akan berkembang apabila mereka masuk ke negara lain.

Sumber:

https://btcmanager.com/blockchain-based-ride-hailing-app-opens-in-vietnam/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.