Default – Above Header Ads

Aplikasi Wallet Kripto berdasarkan Telegram Kini Boleh Membuat Pembelian Fiat

Satu aplikasi yang memasukkan wallet matawang kripto ke dalam akaun Telegram anda membuatkan ia lebih mudah untuk membeli matawang kripto dengan US Dollar.

Button Wallet dilancarkan pada penghujung 2018 sebagai platform berdasarkan permesejan untuk menghantar pembayaran, a lá Venmo. Buat masa ini ia diintegrasi dengan Telegram, syarikat memberitahu CoinDesk ia mempunyai 100,000 pengguna dengan 2,000 secara aktif menggunakan produk itu.

“Untuk penggunaan meluas perbankan desentralisasi, anda memerlukan lebih ramai orang,” menurut COO Button Wallet, Rachael McCrary. “Anda perlu membuatkan ia mudah untuk orang ramai masuk.”

Untuk mencapai matlamat itu, fungsi fiat-ke-kripto baru syarikat itu datang semasa platform permesejan yang popular di dunia meneroka use case kripto. Projek “Global Coin” Facebook dikatakan akan fokus kepada pembayaran dalam perkhidmatan WhatsApp dan messenger media sosial gergasi itu. Telegram sendiri dilaporkan menghampiri penyempurnaan Telegram Open Network (TON) yang dinanti-nantikan.

Button Wallet datang daripada kerjasama dengan pemproses pembayaran Wyre. Jack Jia, pengarah penjualan institusi Wyre, memberitahu CoinDesk melalui emel:

“Di Wyre, kami mempunyai misi untuk merendahkan halangan kepada kemasukan ke platform kripto dengan menawarkan mereka kemasukan yang patuh ke dalam dunia fiat yang dikawal selia…Membantu pengguna yang sudah biasa dengan Telegram untuk membeli kripto dengan mudah dan dana self-custody semua dalam aplikasi permesejan adalah pencapaian besar oleh Button Wallet.”

Button Wallet adalah non-custodial wallet yang membolehkan pengguna bertukar dan menghantar pelbagai matawang kripto, kebiasaannya dalam jumlah yang kecil. Startup itu dibiayai dengan $470,000 daripada pusingan pre-seed dari MIT Play Labs, Ethereum Classic Labs, Seraph Group, dan pelabur angel lain.

McCrary berkata syarikat itu telah melihat peningkatan dalam pengguna dari AS, UK, Indonesia, Venezuela dan Jerman. Pada awalnya, hanya US Dollar yang dihantar melalui pemindahan ACH akan disokong untuk pembelian. Syarikat itu berkata ia merancang untuk menambah matawang fiat dari Eropah dan Asia tidak lama lagi. Bitcoin, Ether dan DAI adalah kripto yang boleh didapati untuk pembelian dengan USD, walaupun wallet boleh menyimpan beberapa aset lain.

Seterusnya, Button Wallet berkata ia bersedia untuk integrasi token GRAM dari Telegram. Terdapat juga perancangan untuk integrasi ke dalam platform permesejan lain. Di ETH New York hackathon baru-baru ini, pengasas bersama Button Wallet Alekasndr Safonov berkata syarikat itu mencipta wallet yang boleh berfungsi dalam Discord.

Sumber:

https://www.coindesk.com/telegram-based-crypto-wallet-app-now-allows-fiat-purchases

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads