Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Arab Saudi Menyempurnakan Pilot TradeLens IBM untuk Perdagangan Blockchain Merentasi Sempadan

Penguatkuasa kastam Arab Saudi baru-baru ini telah menyempurnakan skim pilot yang menghubungkan platfrom perdagangan merentasi sempadannya, FASAH, dengan platform Blockchain milik IBM dan Maersk, TradeLens. Satu sidang akhbar yang dikeluarkan pada 26 Disember 2018 telah melaporkan tentang program tersebut.

TradeLens yang dibangunkan oleh IBM dan Maersk pada bulan Ogos 2018, bertujuan untuk menjadi asas rantaian bekalan digital dan dilancarkan dengan hampir 100 entiti ingin menyertai pilot platform tersebut. Buat Arab Saudi, langkah itu membentuk sebahagian daripada keinginan pengautkuasa untuk mengembangkan ekonomi negara itu melalui inisiatif Vision 2030.

Menurut Gabenor Kastam Arab Saudi, Ahmed Alhakbani,”Program pilot ini selaras dengan strategi kami untuk memudahkan perdagangan dan menambah tahap keselamatan, pada masa yang sama berusaha untuk membangunkan kerajaan Saudi sebagai hub logistik terkemuka di dunia.”

Selai dengan jirannya, kerajaan Riyadh di UAE juga telah menambah usaha mereka untuk integrasi teknologi Blockchain di tahap negeri baru-baru ini.

Pada bulan Disember 2018, satu kerjasama telah dilancarkan untuk membangunkan alat Blockchain interbank untuk kewangan Islamik, dan kerajaan Arab Saudi mengumumkan ia akan menyertai UAE dalam mencipta matawang kripto bersama untuk transaksi antara bank.

Pada bulan Oktober 2018, Agensi Sempadan Kanada juga mengumumkan ia akan pilot TradeLens untuk menyelaraskan prosedur kastam mereka, diikuti dengan Penguatkuasa Port Valencia di Sepanyol beberapa minggu kemudian.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/saudi-arabia-completes-ibm-tradelens-pilot-for-cross-border-blockchain-trade

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads