Default – Above Header Ads

Argentina: Bitcoin yang dibeli Pada $20K Kekalkan Nilai Lebih dari Peso

Bitcoin membuktikan ia tempat penyimpanan nilai di Argentina di mana anda lebih baik membeli Bitcoin pada harga yang tinggi berbanding memegang peso.

Ekonomi Argentina berterusan mengecut, terjejas kerana kadar inflasi yang tinggi, di mana Presiden Mauricio Macro, tidak dapat selesaikan. Kerana itu dia semakin tidak popular.

Pada 19 Mei 2019, keseluruhan ekonomi yang teruk di negara itu semakin teruk apabila bekas presiden Cristina Fernandez de Kirchner mengumumkan dia akan menyertai pilihan raya naib presiden bersama-sama Alberto Fernandez (bekas ketua kabinetnya), dalam pilihan raya pada bulan Oktober 2019.

Ms Kirchner membuat pengumuman itu beberapa hari selepas permulaan perbicaraannya untuk kesalahan korupsi berkaitan kontrak kerja awam. Perbicaraan itu dijadualkan bermula pada 21 Mei. Reuters menulis,

“Cristina Fernandez dianggap oleh pelabur sebagai prospek yang lebih berisiko kerana polisi populis pada masa lampaunya. Dia memperkenalkan kawalan matawang dan peningkatan cukai ke atas eksport perladangan semasa menjawat jawatan itu antara 2007 dan 2015.

Bimbang jika Ms Kirchner kembali berkuasa ia akan membawa kembali populisme ke dalam negara itu, pelabur kini mencari tempat berteduh dalam matawang yang selamat seperti USD dan Bitcoin.

Hasilnya, nilai Bitcoin berbandung Argentinian Peso dan jumlah perdagangan Bitcoin kini mencapai all-time high di negara itu. Sama juga dengan USD. Secara rasminya, pada bulan Mac 2019, kadar inflasi tahunan Argentina mencecah 55 peratus. Kadar inflasi yang tinggi itu telah menurunkan kuasa pembelian peso sehinggakan menggantikan peso dengan Bitcoin untuk menyelamatkan ekonomi Argentina bukan idea yang gila.

Josu San Martin, rakan kongsi di Sixtant berkata:

“Jika seorang rakyat Argentina membeli Bitcoin di harga tertinggi ‘gelembung pasaran terbesar dalam sejarah’, di tahun 2017, situasinya lebih baik daripada jika dia meninggalkan wangnya dalam akaun bank Argentina. Jadi beritahu saya sekali lagi bagaimana Bitcoin adalah tempat penyimpanan nilai yang teruk.”

Sumber:

https://bitcoinist.com/bitcoin-argentina-store-of-value-outperformed-peso/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads