Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Associated Press Menyatakan ‘Kripto’ Bukan Pengganti ‘Matawang Kripto’

The AP Stylebook, buku panduan yang dihormati untuk jurnalis, ahli akademik dan penulis lain, telah mengeluarkan panduan yang akan membuatkan komuniti infosec gembira – jika tidak penyokong matawang kripto.

Secara ringkas, jangan panggil wang digital “kripto”.

Perkataan yang secara tradisional dikaitkan dengan kriptografi, tetapi sejak kebelakangan ini digunakan untuk merujuk kepada Bitcoin dan pelbagai copycat dan pesaing yang mengikutinya, membuatkan ramai pakar keselamatan kecewa.

Kini AP menulis bahawa matawang kripto adalah:

“Sejenis wang digital yang menggunakan teknologi enkripsi untuk menjadikan ia selamat. Elak daripada menggunakan kata pendek kripto, yang boleh dikelirukan dengan kriptografi. Matawang kripto tidak sama dengan matawang virtual, yang digunakan dalam dunia virtual seperti permainan online.”

The Stylebook juga menawarkan sedikit komen tentang kegunaan terbaik untuk matawang kripto:

“Walaupun ia mungkin untuk menjejak Bitcoin dan matawang kripto lain apabila dibelanjakan, pemilik akaun disebalik transaksi itu tidak boleh diketahui begitu sahaja. Kerana itu, matawang kripto adalah bentuk pembayaran yang disukai dalam kalangan penjenayah, termasuk mereka disebalik ransomware, di mana software berniat jahat mengunci komputer dan datanya sehingga jumlah tebusan dibayar.”

Setiap tahun the Stylebook menambah istilah baru dalam leksikonnya. Tahun ini, selain daripada “matawang kripto”, “deepfake”, “rokok elektronik” dan “CRISPR” juga dimasukkan.

Ramai dalam industri menunjukkan rasa keterujaan kerana ia mengisyaratkan bahawa kripto – oh, maaf, matawang kripto telah menjadi mainstream untuk mendapat pengiktirafan Stylebook.

Sumber:

https://www.coindesk.com/associated-press-rules-crypto-isnt-a-substitute-for-cryptocurrency

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads