Default – Above Header Ads

Asus Membolehkan Para Gamer Melombong Kripto Dengan Kuasa GPU Mereka Yang Tidak Aktif

 

Asus, yang berpangkalan di Taiwan kini membolehkan para gamermenggunakan keupaayan kad grafik mereka yang tidak aktif untuk mendapatkan keuntungan daripada perlombongan mata wang kripto. Syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan pembekal aplikasi perlombongan Quantumcloud untuk membolehkan para gamermemperoleh “pendapatan pasif” dengan membenarkan akses kepada kad grafik Asus mereka (atau GPU) apabila tidak digunakan untuk tugas lain. Pembayaran akan dilakukan melalui PayPal atau WeChat.

Aplikasi ini menggunakan GPU para gameruntuk mengumpulkan pelombong kripto berasaskan awan secara kolektif, sekurang-kurangnya secara teori – akan menjana keuntungan, memberi pemilik GPU peratusan berdasarkan jumlah kuasa yang diberi. Privasi data kewangan pelanggan pada aplikasi ini dilindungi di bawah Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR). Quantumcloud, bagaimanapun, tidak menjamin bahawa pengguna perisiannya akan memperolehi keuntungan.

“Sebagai janji untuk melindungi data pengguna, Quantumcloud dilancarkan dengan kepatuhan GDPR di tempat dan tidak memerlukan pelanggan untuk membuat login unik. Sebaliknya, pelanggan menggunakan akaun PayPal atau WeChat yang sedia ada untuk log masuk dan memperolehi pendapatan mereka,” menurut kenyataan Asus.

Sumber:

https://hexus.net/tech/items/graphics/124916-asus-announces-partnership-quantumcloud/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads